Isnin, 15 Jun 2009

Oooo... no ball... no ball!!!

want to be a footballer... firstly you must have your own ball!!!

Berangan nak jadi footballer? Kalau ada... kena baca sampai habis dan faham betul-betul. Rata-rata pemain bola sepak masa kini mempunyai skill individu yang tersendiri samaada semulajadi ataupun dipelajari. Bola sepak masa kini tidak boleh lari dari terjahan-terjahan keras, siku menyiku, tolak menolak, handangan-hadangan keras dan bermacam-macam lagi yang menyakitkan yang akan membahayakan pemain asalkan bola mesti dikuasai oleh seseorang pemain. Bagi aku ketahanan fizikal yang kental dan kepantasan seseorang pemain memainkan peranan penting bagi pemain bola sepak masa kini. Apa yang dimaksudkan ketahanan fizikal disini ialah pemain tidak kehilanggan bola bila diasak pihak lawan melalui terjahan keras secara sengaja mahupun tidak sengaja. Bagi pemain yang tiada ketahan fizikal maka dengan sendirinya akan menjejaskan keyakinan pemain itu sendiri untuk mengawal bola. Mereka akan hilang tumpuan dan takut untuk menyimpan dan mengawal bola dikaki dengan lebih lama. Mereka akan mensegerakan permainan serperti menghantar bola kepada rakan yang memang sudah dijangkakan dan dikawal oleh pihak lawan. Dan dari sudut lain pula bola akan mudah dicuri oleh pihak lawan. Mereka akan mudah kehilanggan bola bila berlaku perebutan 50-50 dan yang lebih perit lagi mungkin mengakibatkan kecederaan diri sendiri.

Rupa ada... Gayapun ada... Tapi sayang lembikkkk....

Perlu bagi kita mengambil contoh yang paling baik untuk diteladani perhatikan liga EPL atau liga Eropah. Mengapa begitu sukar sekali untuk merampas bola dikaki seseorang pemain walaupun bola cuba dirampas dengan terjahan-terjahan keras oleh pihak lawan malahan bola masih lagi dalam kawalan mereka. Bola akan dikawal dengan baik kekiri kekanan kebelakang dengan umpanan satu dua yang begitu kemas. Mereka juga bijak melakukan hadangan tangan dan badan serta tipu helah yang berkesan yang pasti bola mesti berada dalam kawalan. Yang penting bola yang dikawal tidak dicuri oleh pihak lawan. Corak pemainan kelihatan cantik dan kemas disusuli dengan hantaran-hantaran yang tepat dan larian-larian yang pantas. Tidak hairanlah ada sesetengah pemain diliga inggeris bertelagah sesama sendiri semasa latihan kerana diterjah keras oleh rakan sepasukan. Tujuan mereka untuk menguatkan tahap fizikal dikalanggan pemain sendiri.

Jika diperhatikan pula kebanyakan jaringan gol yang dihasilkan dari liga EPL dijaringkan melalui hantaran bola lintang samaada dari kiri dan kanan. Ini adalah kerana kebanyakan pemain pertahanan kiri ataupun kanan berkeyakinan tinggi melakukan larian "overlapping" yang pantas. Kita imbas kembali perlawanan Malaysia Vietnam dan Malaysia Thailand di kejohanan piala suzuki. Kelemahan paling ketara pemain kita ialah kelemahan kekuatan fizikal dan mental. Lembik itulah punca utamanya dan yang kedua gelojoh. Bola dikaki begitu mudah dicuri lawan. Tiada keyakinan diri untuk mengawal bola lebih lama. Masa aku tengok game Malaysia Thailand dan Malaysia Vietnam bila pemain Malaysia dapat bola aku boleh jangkakan apa yang akan mereka lakukan seterusnya. Jangkaan aku tepat sekali. Bola akan mudah dicuri lawan dan mati begitu saja. Kebiasaannya mereka akan menendang atau lebih tepat mensegerakan permainan dengan terus menyepak bola walaupun sememangnya sudah tahu hadangan dari pihak lawan dihadapan. Tiada langsung keyakinan diri untuk menghidupkan permainan. Mereka begitu takut menyimpan bola seolah olah takut akan diterjah pihak lawan. Atau sebab mungkin tidak mahu menanggung risiko atau dipersalahkan oleh jurulatih kerana sering kehilanggan bola.

PS: ...already have your own ball? ...then can start kick the ball now!!!