Jumaat, 5 Jun 2009

Malaysian Attitude

Orang malaysia memang terkenal dengan sikap prihatinya. Tak kiralah dari dalam malaysia sendiri mahupun dunia luar sekalipun kita orang malaysia sanggup membantu. Syabas semuga diteruskan niat yang baik sebegini. Tapi keperihatinan itu pula biarlah kena pada tempatnya. Yang aku nak ceritakan ni pasal kita yang selalu sibuk tak tentu pasal. Cuba kita perhatikan attitude orang kita yang menyibuk bila ada sesuatu berlaku dijalan raya. Kekadang tu bukannya kemalangan tapi cuma kereta yang rosak tepi jalan diseberang jalan yang bertentanggan. Kereta yang rosak sebelah bertentangan tapi yang jem teruk di laluan yang lain pulak.

Kenapa agaknya yang diorang nak perlahankan kereta sampai berlaku kesesakan yang teruk. Inilah yang aku nak bagi tahu “malaysian attitude” menyibuk tak tentu pasal. Pantang aja tengok kereta tersadai tepi jalan mulalah sebok nak tahu... prihatin konon. Kalau betulpun sekali ada kemalangan kita pula dari arah yang bertentanggan rasanya tak perlu kita perlahankan dan memberhentikan kereta. Cukup sekadar kita teruskan memandu dengan kelajuan yang berpatutan dengan berhati hati. Kecualilah jika tiada yang membantu di seberang sana ketika itu.

Korang ingat tak alex yoong satu masa dulu jadi pemandu F1 red bull kalau tak silap aku. Kenapa dia tak kekal sampai lama? Sebab tiap kali ujian masa kelayakan dia tak lepas masa kelayakan yang ditetapkan. Apakah menyebabkannya dia jadi begitu sedangkan pemandu baru pun boleh lepas ujian kelayakan. Mengikut firasat akulah... alex yoong dah terbawa-bawa malaysian attitude dalam perlumbaan F1. Apa tidaknya asal ada aje kereta yang tersadai dia mungkin nak tahu... ada accident ke... maka dengan sendirinya kakinya tekan brek dia ataupun menoleh menyibuk nak tau apa berlaku sebelah sana. Dalam F1 mana boleh toleh kiri kanan mana boleh selalu tekan brek kalau nak menang peduli sama orang lain mesti pecut. Alex yoong jangan ambil hati selain dari suka menyibuk orang malaysia juga suka bergurau.

PS: Malaysian attitude... yang patut ditolong tak nak tolong yang lebihnya menyibuk tak tentu pasal.

0 ulasan:

Tiada ulasan: