Mungkin ramai yang tak tahu dan mugkin juga ada yang dah tahu mengapa ada sesetengah artis atau sesebuah kumpulan muzik dimalaysia bila buat persembahan live concert hancur. Persembahan mereka tak sama sekurang-kurangnya 95% asli macam dalam cd yang kita beli. Aku bukanlah terer... bukan juga pro pasal muzik dan industri muzik. Tapi rasanya cukup sekadar tahu jugalah sikit sikit sekurang kurangnya orang tak bolehlah nak gormak aku lebih-lebih. Dulu ketika aku aktif dalam muzik aku terlibat dalam project blues malaya. Project blues malaya di ilhamkan oleh ali bakar dan ito blues gang iaitu melahirkan album bersama blues malaya dan mengadakan beberapa buah konsert diseluruh malaysia..
Aku selaku pemain bass guitar bersama kumpulan kalakatu blues dan beberapa lagi kumpulan lain yang berkonsepkan rock & roll terlibat dalam project blues malaya ini. Bagi aku pengalaman yang paling tak ternilai ialah ketika aku merakamkan lagu ciptaan sendiri dengan tanpa bantuan pemuzik pro (sessionist) yang kebanyakannya sekarang ini digunakan oleh syarikat rakaman atau sesebuah kumpulan muzik itu sendiri. Aku rasa bangga ketika itu kumpulan yang terlibat dalam project blues malaya merakamkan setiap lagu dengan hasil titik peluh sendiri. Ketika itu rakaman dibuat diking studio jalan kemajuan petaling jaya. Tak tahu lah pulak ketika ini wujud lagi ke tidak king studio. Dikala aku dan rakan-rakan sedang mengadakan recording kelihatan ramai sessionist seperti man kidal, yem bpr dan ramai lagi pemuzik yang aku kurang pasti nama mereka menunggu saja panggilan. Baru aku sedar mengapa sesetengah persembahan live sesebuah kumpulan muzik tak sama macam dalam cd asal. Rupa rupanya skill orang lain yang digunakan masa recording.
Pernah menyertai rancangan hiburan minggu ini terbitan rtm dan menyertai rancangan muzik-muzik terbitan tv3 tapi yang kelakarnya minggu yang berikutnya terus terkeluar dari senarai. Yang penting bagi aku ketika itu ialah kepuasan dan keseronakan mengadakan concert blues malaya di beberapa tempat dimalaysia terutama sekali di port dickson negeri sembilan. Kalau difikirkan pasal duit pula memanglah tak berbaloi buat ponat ajo... tapi pengalaman yang aku dapat memang susah nak dapat.
Apapun sekali bejaya atau pun tidak project blues malaya masa itu aku tak mabil kisah sangat yang penting setiap lagu yang dirakamkan adalah 100% original dimainkan oleh aku sendiri.
PS : Jadilah manusia yang tulin dan yang sebenar.
0 ulasan:
Catat Ulasan