Seumur hidupku inilah detik dan saat yang paling gembira sekali bagiku bila mendengar anak pertamaku selamat dilahirkan. Sekiranya ditakdirkan aku menang loteri sekalipun kegembiraanya takkan sama dengan apa yang aku rasakan ketika itu.
Ingin rasanya aku kongsikan bersama kisah aku kehilanggan seseorang yang amat aku nanti-nantikan anakku yang pertama siti hawa putri. Kesedihan yang teramat sangat... tak pernah dadaku sakit sebegitu rupa menahan sebak dihati dan belum pernah aku menangis sedemikian rupa. Ketika di wad bersalin aku dan juga isteriku sudah dimaklumkan yang kami akan kehilanggannya pada bila-bila masa saja. Maksudnya anakku memang tidak boleh hidup lama. Menurut doctor kelahiran anakku terlalu awal dari yang sepatutnya. Ketika siti hawa ditempatkan dibilik khas hanya aku ayahnya yang dibenarkan melihat dengan lebih dekat lagi. Jadi aku ambil peluang memegang dan menyentuhnya. Apa yang dapat ku lihat dia kelihatan begitu sempurna sekali punya rambut yang lebat seperti ibunya... jejari yang panjang seperti jari ayahnya...segala galanya sempurna sifatnya. Ketika iti juga aku dapat merasakan sendiri jemarinya memegang jariku ketika aku memasukkan tangan ku kedalam incubator. Bagiku aku tetap berdoa, berharap dan menanti apapun juga yang akan terjadi kelak.
Keesokan harinya baru beberapa jam saja aku dirumah aku dikejutkan oleh panggilan dari hospital mengatakan dia sudah tiada. Walaupun telah diduga berita yang bakal aku terima sukar bagiku menerimanya. Aku redha tuhan lebih sayangkan dia. Kalau aku boleh rasakan kesedihan yang teramat sangat... maka lebih lagi lah isteriku merasakanya kerana dia yang mengandungkannya dan dia yang melahirkanya. Lebih menyedihkan lagi hanya beberapa bulan saja lagi kami menyambut hari raya puasa tanpa siti hawa.
PS: Insyallah... suatu hari nanti ayah dan ibu pasti akan ditemukan semula dengan siti hawa.
Begitu juga dengan bya, adam dan baby yang belum pernah menatap wajah kak siti hawa pasti akan ditemukan dipintu syurga kelak.... insyaallah... amin.
0 ulasan:
Catat Ulasan