Aku nak kongsi cerita tentang keikhlasan dan kejujuran. Khas untuk pasangan yang dah kahwin mahu pun yang belum kahwin. Kalau dulu masa bercinta segala-galanya indah belakakan. Kita tak lepas dari menyebut perayat-perayat maut seperti sumpah i sayang you... sumpah i tak cari lain... you jump i jump... i sanggup mati kerana you dan sebagainya. Aku rasa tak siapapun diantara kita yang tak pernah terlepas menyebut salah satu perayat-perayat maut tersebut. Adakah ia masih lagi dilafazkan sehingga kini? Alhamdullillah kalau ianya kekal sampai kini dan seterusnya alangkah bahagianya pasangan tersebut.
Pernah tak kita bersunggut atau yang lebih tepat membebel menyumpah pasangan kita walau hanya menyebutnya didalam hati saja. Sebagai contoh... sekiranya kita diminta oleh isteri atau suami ataupun pasanggan kita membantu kerja-kerja rumah basuh baju, sidai baju, lipat baju, sapu lantai, kemas rumah, siram bunga, turun dapur, pergi kedai, buang sampah, gosok baju dan macam-macam lagilah. Adakah kita melakukannya dengan perasaan ikhlas dan jujur tanpa bersungut dan tanpa mengumpat walau hanya sekalipun? Kalau korang tanya aku sumpah memang aku pernah sesekali membebel dan bersungut kalau tak tersebut dimulut dalam hati mesti berkata eeee...merentah ajelah!!! eeee....bosannya aku!!! eeee...pemalas betullah!!! eee...melampaulah!!! buat sendirilah!!! dan macam2 lagi la. Kadang2 bunyi basuh pinggan dah macam bunyi basuh kerang... haa.. itu semua tanda2 mengempanlah tu! Bagi aku itu perkara biasa dimana lagi nak lepas geram kalau tak pinggan mangkok. Aku sendiri akan lakukan benda yang sama kalau tengah moody. Suami ataupun isteri ataupun pasanggan kita kekadang tak dapat mengawal emosi dan perasaan marah. Adakalanya kita “semak kepala” disebabkan macam-macam masalah. Masalah kerja dipejabat bawak balik rumah atau masalah peribadi tak mahu dikongsi atau yang paling penting masalah duit atau juga kerenah anak-anak dan dsbnya. Bagi pasangan yang ada bibik taklah jadi masalah bagi mereka.
Lebih baik luahkan daripada simpan dalam hati. Seeloknya jangan ditambah atau dilayan kemarahan yang tengah membara. Kita kenalah juga faham dia penat kitapun penat dan kita sama-sama penat. Seeloknya buat saja. Tak rugipun. Selalunya perasan marah tu akan reda kemudain nanti. Tak ada ruginya kalau orang lelaki tahu buat kerja rumah. Kalau semuanya membantu termasuk anak-anak lagi seronok. Masak sama-sama makan sama-sama dan kemas sama-sama. Bagi aku orang lelakipun kena tahu buat kerja rumah sikit-sikit. Apapun sekali jangan ambil hati dan simpan dendam terhadap pasangan masing-masing. Anggaplah saja sesekali membebel, bersungut dan menyumpah hanyalah sekadar melepas penat dan release tension. Janganlah diambil serious sangat. Yang paling penting perlu ada kesabaran dan kasih sayang.
PS: Membebel tandanya sayang.
0 ulasan:
Catat Ulasan