Ahad, 21 Jun 2009

Father's Day

Saban pagi pasti kedengaran becok suaranya menganggu lena tidurku. Dari jauh sayup kedengaran degup hentakan kakinya bagaikan gergasi menuju ke kamar tidurku menandakan aku harus bingkas bangun dari tidur. Betapa tegasnya abah. Dia akan pastikan anak-anaknya tidak lewat bangun dari tidur.

Abah sememangnya tegas orangnya. Namun tanggung jawab serta kasih sayangnya terhadap kami memang tidak berbelah bagi. Marah suaranya saja sudah cukup buat aku gerun. Walaupun garang ada lucunya dan ada jenakanya yang buat kami tersengeh gembira. Kekadang dari ungkapanya saja buat kami ketawa terkekek-kekek. Bagiku dialah penghulu dialah hakim dan dialah penghibur. Kebiasaannya abah agak bising mulutnya kalau diminta sesuatu tapi satu tabiat abah dia memang tidak sampai hati melihat anak-anaknya dalam kesusahan dan kecewa dengan apa yang pinta tidak terlaksana. Banyak ataupun sedikit abah pasti usahakan walaupun sekali terpaksa berhutang.

Dulu masa aku masih bujang aku selalu kesempitan wang dan selalu minta untuk meminjam dari abah. Kebetulan satu hat tu abah tidak dapat mengadakan wang sebanyak yang aku pinta. Dari raut wajahnya kelihatan marah dan murung. Marah kerana sikap borosnya aku. Murung kerana sesuatu yang mungkin tidak dapat diadakan olehnya.

Dia kelihatan binggung dan terus kebelakang rumah melakukan kerja biasanya berkebun. Aku pula dibelenggu rasa kecewa. Sejurus kemudian abah kembali menceriakan aku semula. Aku amat berterima kasih padanya walaupun sekali aku terpaksa mendengar syarahan demi syarahan yang memeritkan telinga. Begitulah pengorbanan abah terhadap kami anak-anaknya. Satu perkara yang dapat aku pelajari dari abah biarlah anak dan isteri yang didahulukan kemudian barulah selebihnya untuknya. Baginya bukan hanya makan minum atau wang ringgit yang menjadi kewajipannya malahan dia tidak sanggup melihat anak-anaknya dalam kesusahan.

Setelah 20 tahun aku berumah tangga, dan bergelar ayah kepada 3 orang anakku. Barulah aku sedar bertapa hiba dan pilunya hati seorang ayah berjauhan dengan anaknya walau sekalipun sejenggal jaraknya. Aku sendiripun tidak mampu berjauhan walaupun sekali dengan seorang anakku, inikan pula abahku yang terpaksa berjauhan dengan 4 orang anaknya yang sudah berumah tangga. Sesekali kepulanggan kami walaupun hanya seketika jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka.

Dari hadith riwayat at-Tirmizi bermaksud: “Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang abah kepada anaknya selain daripada kemuliaan budi pekerti yang baik.”

Kini usia abah menjangkau 78 tahun aku sekeluarga sentisa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuaku abah dan emak. Semoga mereka sihat selalu dipanjangkan umur dan murah rezeki amin.

PS: Betapa mulianya pengorbanan seorang abah juga emak yang tak mungkin terbalas oleh anak-anaknya melainkan dengan doa dan restu darinya yang maha esa.

"SELAMAT HARI BAPA, ABAH"

0 ulasan:

Tiada ulasan: