Jumaat, 5 Jun 2009

Jabatan perhilitan malaysia (apakah benar-benar prihatin? ...atau sekadar ambil nama saja?)

Pada mulanya aku sendiripun tidak yakin boleh hidup ke anak musang pandan (si mocheng) yang aku pelihara kerana keadaannya yang masih kecil kelihatannya seperti baru seminggu dilahirkan. Ianya dijumpai ditepi jalan mungkin dalam keadaan terdesak ditinggalkan oleh ibunya. Daripada anak musang pandan ini jadi habuan anjing liar dan kereta yang lalu lalang aku ambil keputusan untuk memeliharanya. Lepastu dah jadi satu kerja pulak kenalah aku suapkan susu sampai lah dia pandai untuk makan sendiri. Berminggu-minggu juga rasanya aku dan adam bergilir gilir menyusukan si mocheng. Dua hari sekali adam akan mandi dan syampukan mocheng. Si mocheng ni pulak memang pantang kalau dalam sangkarnya ada najis jadi adamlah yang rajin membersihkanya. Kalau ada najis dia akan melompat lompat sambil buat bising. Si mocheng memang comel sebab badannya gemuk gempal dan berekor panjang. Sebab itu anak anak aku suka bermain dengannya dan sayangkannya. Kami selalu lepaskan dia bermain-main didalam rumah. Memang best bila tengok dia berlari berkejaran dan bermain didalam rumah. Biasanya seminggu sekali kami akan bawa mocheng naik kereta ketempat kerja isteriku di sri hartamas.

Lama kelamaan mocheng kian membesar dan menjadi jinak. Memang ganjilkan spesies liar seperti musang boleh dijinakkan. Walau bagaimanapun dia tidaklah sejinak kucing peliharaan yang sering kita lihat. Si mocheng dah mula kenal bau kami sekeluarga lebih lebih lagi adam yang boleh dikatakan sebagai ibunya angkatnya. Selera makanpun berubah dari susu ke frieskies yang menjadi makanan hariannya. Hairankan patutnya musang suka makan buah... tapi mocheng tak berapa suka makan buah. Kalau coklat dan roti berkerim memang favourite dia... mengada betulkan!!! Bila kami letakkan mocheng ditempat tinggi dia memang tak tahu turun sendiri. Kesian mochengkan nama aja musang tapi gayat.

Satu hari kami terpaksa mencari tempat perlindungan untuk si mocheng kerana kami akan bercuti ke langkawi selama seminggu. Nak tinggalkan di rumah emak tak siapa yang berani nak mandikan dan beri dia makan. Akhirnya kami cuma ada satu saja pilihan iaitu serahkan kepada jabatan perhilitan di cheras kerana disana nanti nasib mocheng akan lebih terjamin. Beratnya hati kami terutama sekali adam, baby, bya, dan akupun terjebak sama menangis bila mocheng terpaksa diserahkan. Kemudian sekembalinya dari langkawi kami sekeluarga terus saja kejabatan perhilitan cheras untuk melihat keadaan mocheng. Sedih dan terperanjat sekali melihat keadaan mocheng yang sebelumnya sihat gemuk dan bersih sudah tidak terurus seperti sebelumnya. Dia kelihatan kurus, comot dan berbau busuk. Kelihatan mukanya juga luka dan calar begitu juga dengan ekornya yang tidak lagi secantik sebelumnya. Bila kami tiba riaknya kelihatan seperti gembira melompat sana sini. Kami boleh rasakan dia boleh kenal bau kami sekeluarga. Riaksinya seperti meminta-minta untuk di bawa pulang. Adamlah orang yang pertama menangis dan terus memeluk si mocheng sambil mengusap-gusap badannya dan mocheng seperti ingin memberitahu sesuatu sambil menghidu hidu mulut adam. Kalau ikutkan hati mahu saja aku bawa lari mocheng keluar dari tempat itu.

Kami diberitahu spesies seperti mocheng memerlukan lesen khas yang perlu mendapat kelulusan orang atasan. Sebelum kami ke langkawi kami cuba untuk memohon lesen tersebut. Jawapan dari jabatan perhilitan kami terpaksa berjumpa orang atasan. Tapi cuba fikirkan kembali bukannya kami menyiksa binatang? Kami sayangkan binatang dan kami amat sayangkan mocheng. Kenapa begitu payah sekali memohon lesen khas di kementerian. Terlalu banyak sangat dalih/tapisan yang perlu dilalui. Spesies liar seperti mocheng bila sudah dipelihara dari kecil memang dia tidak tahu untuk hidup sendiri bila dewasa. Janji mereka jabatan perhilitan mereka akan menjaga dan mendidik mocheng sehingga kembali ke habitat asalnya. Memanglah itu yang kami harap harapkan. Tapi yang nyata dan benar mereka sebenarnya gagal dengan tugas mereka. Bagi kami mocheng yang dipelihara dari kecil bukan hanya perlukan makanan dan tempat tinggal bahkan yang lebih penting dia perlukan perhatian dan belaian kasih sayang dari tuan yang menjaganya. Bagi menyenagkan hati kami pihak perhilitan memberi jaminan mocheng akan dihantar ke zoo melaka bagi tujuan pemulihan ke habitat asalnya. Apapun penjelasan dari mereka saya tetap kurang yakin dengan apa yang terjadi sebelumnya terhadap mocheng.

Soalan kami kepada jabatan perhilitan... demi keperihatinan terhadap binatang mengapa jabatan perhilitan tidak menyerahkan kembali si mocheng kepada kami? Memang jelas si mocheng perlukan penjagaan dan belaian kasih sayang dari tuan yang menjaganya. Dan juga sudah terbukti mereka gagal mendidik mocheng kembali kehabitat asalnya. Bukankah zalim namanya membiarkan saja si mocheng menderita? Bukankah itu menyiksa binatang namanya? Binatangpun perlukan kasih sayang bukan? Sedangkan kami sanggup menjadi ibunya dan ayahnya.

38 ulasan:

Bya Zainal berkata...

rindoo mocheng ;(

diey_an berkata...

ape jadi ngan mocheng...huhuhu sy pon ader bela sekor..igt nak bg kat perhilitan...xjd bg lah...ni email sy diey_an@yahoo.com.my

DaDDy slinkkk berkata...

t.kasih diey_an...
harap2 ramai lagi kekawan yg prihatin dgn haiwan2 liar. Cdgn diey_an nk bg Msang tu kt perhilitan tu bagus juga kalau Msang tu dh besar dan agak ganas.
Sebab tkt nanti akn mencederakan kita pulak.

Tapi kalau ada tempat yg sesuai dan dia benar2 jinak bolehlah fikirkan balik.

Nk tanya berapa umur nya sekarang?
Klau bleh hantarkan saya images Msang tu
email sy bob@publicis.com.my

amankim berkata...

salam. saya dr johor. mlm kelmarin saya ter tangkap 3 ekor anak musang sebab mak/bapak dia tnggalkan.. malangnya, musagn2 tu smuanya da besar macam anak kucing umur 2/3 bulan. so, dah garang sangat.. ila saya hulur buah, dia macam nak gigit pulak.. kalau tak, mmg saya dah ame lesen..
telefon perhilitan, depa soh terus lepaskan kat mana2 hutan.. hutan mana, saya tak tau.. saya plg risau kalau diorang tak pandai cari makan sendiri...

sy taknak bela sbb takut musang ni bawak SARS/ H5N1.. ngeri woo

DaDDy slinkkk berkata...

sdr amankim,
t.kasih sbb sygkan binatang. Ank msang yg dibawah jagaan sdr memng sdh agk besar. Mungkin susah dijinakkan. Biasanya klao dipelihara dri baby ia lebih mdah dijinakkan.

Apapun terpulang pada sdr. Klau rasa ia tidak membahayakan diri kita dikemudian hari apa salahnya kita pelihara.

Sekiranya membahayakan diri kta sya cdgkan serahkan secara terus menerus ke jab perhilitan. Sebab itu sudah jadi tanggung jawab mereka melidungi binatang.

Terpulang pada mereka untuk menguruskannya.

BearBi berkata...

Hi, saya ada 2 musang pandan. Bearbear & Bibi. try tny kawan yg kerja kt jbtn haiwan die ckp lesen tuk musang pandan di bekukan wat ms skang. nak register kat my pet passport tp information yg dapat pun terhad. mmg ble dah jaga dr kecik die manja sgt. tdo pun same dgn ktorang. nak bg kat zoo dah sayang. ;((. ada tak sesape yg bole bg idea camne nak dapatkan lesen so xde orang leh amik die dr kte. Time kaceh ye...

Nur Irin berkata...

hohohoo sy pn dh de musang. sangat jinak dan active.enmm cian mocheng. uhuhhu

Unknown berkata...

Baru start bela musang.. Kena ada lesen khas ke ? Susah lar mcm nie kalo lesen kena special approval..

Tanpa Nama berkata...

sayapun ada bela..... hati hati.... musang pandan sebenarnya bermusuhan dgn kucing..... dia akan bunuh anak kucing bila jumpa......macam kes saya.... kat rumah makan buah.... kucing besar sekadar bergurau aje...... untuk pengatahuan.... musang pandang hanya setia dan suka pada tuannya aje..... orang lain dianggap musuh dan cuba pertahankan rumah tuannya macam anjing..... gurauan yg agak keterlaluan. ....... semua barangan seperti botol plastik. .ubat gigi... minyak gamat dan sebagainya akan dimakan..... tahap hidu yg kuat hingga boleh tahu tuannya datang walaupun tak nampak...... tak sanggup lepaskan kerana banyak sangat mati dilanggar.

YM Paduka Ayahanda Pay berkata...

Skrg dah boleh keluar lesen dah. Sy baru amik semalam sepasang, sblm ni dah bela dua ekor, sekor mati, sekor dah besar hilang cina curi sembelih makan.

Pendapat sy, musang x silap boleh hidup 12 tahun, ia memang agak agresif. Mcm musang sy yg kena sembelih tu, dia suka main dengan kucing peliharaan sy. Suka panjat atas langsir dan berak dalam bilik air. Amat agresif, lari laju laju dan lompat atas katil ajak main. Sy x rasa musang ganas kalau kita bela dgn kasih sayang. Dan sy rasa ia lbh bijak dr kucing dalam ambil hati tuannya. Musang mempunyai Deria mampu kesan samada org takut, suka dia atau benci dia. Org Sedih dan gembira.

Pendapat sy. Bela saja terus. Kalau nak tau yg kena sembelih tu merata sy bawak. Bandar.jb.kl. Kalau sy ada urusan wife la pegang dn tgu dia panjat sign bod tepi jalan.

YM Paduka Ayahanda Pay berkata...

Dri bagi kat jab perhilitan, boleh bagi sy saja asalkan jinak,sy akan uruskan lesennya. Sms me kalau x nak bela. 20 ekor pun xpa hehe. It's better than cat 01121709939

Unknown berkata...

Bagaimana cara nk pohon lesen pelihara musang....kalau sudi bantu saya boleh wassap ke 0133412059

Unknown berkata...

Saya baru je bele musang . . Tak tahu spesis ape. .amik dari kawan .. .semue spesis musang ni perlukan lesen ke ?

Unknown berkata...

Hi kawan2 i nk beli musang betina....klu de pe2 contact tlg whatsapp jicky 0162516900....tq

Unknown berkata...

Sebab baru tadi musang i meninggal....

Hanis Halim berkata...

Salam. sy bru terjumpa anak musang pandan. mungkin br seminggu kot sbb mcm bru bukak mata. Nk tnye apa ye makanan yg boleh sy bgi sbb kecik sgt lgi.

Unknown berkata...

Assalamualaikum kwn2x...sy nk tnya...kongkang blh d mohon lesen tk utk memeliharanya? Sy sgt2x nk thu jwbpan nya...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Kalau awak2 semua ada bela haiwan liar dari kecik dan haiwan tu jinak bela je lah x pyh lepas hutan n x pyh bg perhilitan. Lepas hutan pon susah dia nk idop. Bg perhilitan pon nnti x terjaga

Saiko berkata...

X payah la bg ke perhilitan. Sy pubye ular kena rampas. 3 bulan lps tu dtg nk tgk. Bila jumpa kurus ular tu. Kata perhilitan albino ni hybrid ( kacuk ngn ylar lain). So dia ckp dia akan hantar ke luar negara tok siasatan tp smpai skrg x ada berita. Dorg thu rampas je. Belanye x thu.

Unknown berkata...

Kongkang lesen x dikeluarkan. Kalau pandai bela teruskan. Kalau x pandai beter jgn tkot menyeksa dia. Lgi pon dia termasuk spesis yg nk pupus. Hati2 ketiak dia ada bisa. Bisa dia tu bila dia jilat badan dia then dia gigit kita bisa tros masuk. Bengkak gak lh klau kena.

Unknown berkata...

Mcm mana nk dptkan lesen2 tu...and kos brapa...klau ada yg nak jual musang baby boleh contact sya...bg free pun ok...hehehehehe 0174824382

Muhammad Danish berkata...

Entah Malaysia ni.. Byk sgt benda nak kena byr dan berlesen.. Sedangkan binatang tu kita pelihara kerana minat..nak mohon lesen bukan mudah.. Duit 1 hal turun naik birokrasi 1 hal.. Tak faham apa sebenar yg diperlukan sehingga menyusahkan peminat haiwan eksotik.. Semoga pengarah perhilitan dpt fikir perkara yg mudah utk peminat haiwan eksotik..

ajib_@23 berkata...

Baru jumpa anak musang 2 ekor.. Tak tahu nak bela ke tak..

Tanpa Nama berkata...

saya ada se ekor anak musang untuk jual ..
beminat contact saya whatsapp 0162568375.
400 boleh nego..

Unknown berkata...

Sape boleh tolong buatkan lesen musang?

Unknown berkata...

Sape boleh tolong buatkan lesen musang?

ciko_yus berkata...

bos nk tnya la . wlaupn dh lama ...sy cuma nk tau kos untk buat lesen nk bela musang brapa ea ? sy baru dapat 5 ekor ..

Unknown berkata...

Sapa ada jual anak memerang???

Tanpa Nama berkata...

Mohon lesen memburu (RM10) dr perhilitan. Lesen ni hidup sebulan saja. Dlm tempoh sebulan tu, perlu beli cip penandaan (RM30-70, bergantung kpd penjual) dari agen/petshop/vet yg dilantik sbg panel (semak senarai panel di pjbt perhilitan negeri tuan). Bawa haiwan yg telah ditanda ke perhilitan, dan mohon lesen menyimpan (RM10). Lesen ini perlu diperbaharui tiap tahun. Jika haiwan itu mati, tuan perlu pulangkan lesen ini untuk dibatalkan oleh perhilitan.

Unknown berkata...

Boleh tak saya tahu cara2 nk ambik lesen..

Alang eight berkata...

Salam mcm mana nak amik lesen musang bulan sy ada dapat sepasang jatuh dr atas siling rumah tq

Unknown berkata...

Covid takut tak

Gee berkata...

Kalau korang dpat musang tu kt hutan ke apa ke selain dr membeli secara sah..tkyah baik hati nk g mohon lesen.. Xkan dpt nya.. Bila kita bela tanpa lesen nk saman tangkap bagai. Bila kita mohon lesen baik2 xbg pulak. Menyesal saya mohon..tk pasal2 nk kena serah kt perhilitian.. Website utk permohonan lesen tu mengarut je.. Langsung xmembantu..mak sya sayang giler kt jojo tu. Tktau camna nk ckp kt dia.

Tanpa Nama berkata...

Hi, nak tanya. Masa serah tu ada kena bayar denda atau apa2 tak?

Adnia berkata...

Saya ada seekor anak musang, umur dah 2 bulan lebih. Jatuh dari pokok kelapa tepi rumah,2 ekor@sepasang. Masa tu umur mcm minggu² mcm tu. Kecik sgt. Kami pembela kucing yg tegar dan dirumah ada sepasang ibu kucing @adik beradik anak baby yg umur minggu² jugak. Bila ambik anak² musang tu terus letak pada ibu² kucing yg ada baby tu, terus hisap susu salah seekor ibu dlm cage tu. Tapi yg jantan x pandai hisap puting kucing, bagi susu pun dia slow. At last mati musang jantan tu. Tinggal yg betina@Tortila bersama ibu² dan adik beradik kucing. Berlari berkejar bersama kitten² dan ibu² dlm cage tu. Dan musang lebih cepat membesar daripada kitten² yg lain. Tapi sgt penyayang pd ibu dan adik beradik kucing yg lain. Beri buah x pandai mkn. Tapi kalau kibbles kucing laju dia makan.
Tapi poo masalah sikit, dia akan poo didalam air minuman yg bersebelahan tempat mknn kucing.

Bila dah baca ttg ambik lesen, dan pulangkan ke perhilitan bermasaalah, so rasa tak jadilah.
Tq semua yg sharing.