Yang sempat aku rakam setibanya di hong kong international airport
cuma yang ini aje yang aku boleh baca dan faham.
Disebabkan aku menaiki cathay pacific airline aku terpaksa transit di hong kong international airport. Destinasi sebenar aku ialah ke taiwan menyertai company trip tahun lepas. Memenatkan! Disana aku terpaksa berjalan kaki hampir 1km untuk ambil flight ke taiwan pula. Tiba di taiwan lebih kurang jam 7.30 malam. Aktiviti aku yang pertama sekali ditaiwan apa lagi... haripun dah malam badanpun penat tido larrr. Disini waktu paginya jam baru pukul 6 pagi dah terang benderang macam pukul 9 pagi waktu malaysia. Cuaca belah paginya pula menang sejuk.
Hotel ala ala nippon kongsi bilik dengan hj mohamad amin kawan sepejabat
Mandi dalam tab kayu... ada sauna lagi tu.
Kalau ditaiwan jangan sekali kali kita tanyakan pasal negeri cina depan mereka. Aku difahamkan masyarakat ditaiwan memang pantang jika mereka disamakan dengan masyarakat negeri china. Bagi mereka taiwan is taiwan and china is china. Tempat perabeh duit shopping rasanya tak banyak bezanya dengan malaysia. Kalau nak selamat dan rasa-rasa tak nak kena tipu shopping ajalah dekat pasar malam. Memang banyak pasar malam disana macam petaling street larr. Tapi tentang bargain memang susah. Aku tanya lain dia jawab lain. Aku blur diapun blur... tak faham bahasa. Orang sana kebanyakannya tak tahu english. Isyarat tanganpun tak jalan jugak. Last..last main tekan calculator aje baru dia faham. Barulah tahu berapa hengget.
Aku amat terpegun dan memuji kebersihan bandarayanya juga sistem jalan raya dan pengangkutan awam yang memang teratur dan canggih. Sepuntung rokokpun tidak kelihatan dijalanraya cukup bersih. Jalanraya pula tak sesak macam KL. Mungkin ini disebabkan kebanyakan orang taiwan menggunakan pengangkutan awam untuk ketempat kerja. Kebanyakan jalanraya dan lebuhraya pula mengunakan laluan tunel yang teramat panjang laluannya. Ada kalanya memakan masa hingga 30 minit untuk melepasi sesuatu tunel. Aku juga difahamkan denda yang tinggi akan dikenakan sekiranya orang awam ditaiwan melakukan kesalahan lalulintas dan membuang sampah dimana mana saja. Bagi aku “attitude” yang memainkan peranan penting. Contohnya dimalaysia sendiri kalau kita jenis degil, malas dan pengotor buat lah macam manapun kena denda atau kena penjara pun orang langsung tak ambil peduli.
Dengan pengawal istana raja taiwan
nampak macam aku lebih segak
nampak macam aku lebih segak
nak sampai kepuncak kenalah RM45 duit malaysia
Sebahagian pemandangan dari menara 101 taiwan
Dekat malaysia teksi waja... kira dah gempak habis.... dah...
tapi ditaiwan toyota camry 2.4V depa buat teksi
Ikut kata tourist agen halal... tawakal aje lah
Disini memang susah nak cari restaurant masakan orang malaysia
terutamanya orang islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan