(di bawah ini kata dr fadilah kamsan... baca dan amalkan boleh?)
“....jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja”
Itu permintaan dari kaum pompuan. Bagaimana pula kalau kaum lelaki pula yang ada sedikit sensitifnya? Bagaimana kalau ada orang lelaki yang selalu mengalah dari apa juga perkara yang remeh temeh. Lelaki yang memang jelas sayang anak dan isteri. Panas baranya boleh jadi cair. Kekadang mahu tak mahu kena juga beralah. Sampai ada masanya terasa tercabar juga maruah sebagai lelaki.
Oleh itu dr fadilah kamsah kenalah juga protect sikit orang lelaki. Janganlah salahkan 100% orang lelaki yang seperti kami. Kerana kami orang lelakipun ada persaan dan kekadang perlu juga inginkan pujuk rayu siisteri. Sedangkan lidah lagi tergigit... apa pula suami isteri.
PS: Biarlah adil dan saksama bukan begitu?
0 ulasan:
Catat Ulasan