Rabu, 10 Jun 2009

Terjah Melodi

“MELODI” adakah ia memperjuangkan artis dan muzik tanahair atau lebih kepada berita gossip artis dan berita panas? Itulah yang aku dapat lihat ketika ini. Setahu aku melodi membawa maksud irama atau alunan sesuatu muzik. Kalau dulunya kita sering dipaparkan dengan berita dan perkembangan terkini artis dan muzik tanahair. Lain pula kisahnya sekarang. Melodi lebih cenderung kepada berita-berita panas dan berita-berita gosip artis tanah air.

Berita dan gosip panas sebegini memang ada nilai komersialnya. Sememangnya dapat menarik minat ramai penonton. Siapa pun sekali sudah pasti nak tahu dan nak dengar cerita/berita seperti... artis rampas suami orang, artis kahwin lari, artis cari dato, artis mata duitan, artis mengaku bujang, artis rebut jantan, artis gaduh, artis hutang keliling pinggang, artis itu, artis ini dsbnya. Baik orang tua mahupun yang muda malahan budak-budak pun akan mengikuti berita-berita panas dan gosip seperti ini.

Bagi aku itu adalah hak mereka yang terbabit. Mereka boleh menyiarkan apa saja yang mereka fikirkan boleh. Tapi rasanya bukankah lebih elok rancangan MELODI di tukar namanya ke “MEH GOSSIP”. Kerana ianya membawa maksud yang sememangnya tepat dari tajuk asalnya. Bak kata pengacaranya siwahid “kurangkan kontrovesi” tapi yang sebenar-benarnya kontrovesi juga yang dicari.

PS: Nantikan rancangan terbaru MEH GOSSIP...

0 ulasan:

Tiada ulasan: