Ahad, 14 Jun 2009

Melantun tak tentu pasal

Pengalaman aku dan family selalu sangat kena hambat bila pandu kereta kebal. Kekadang jadi semak kepala dibuatnya. Aku tertanya-tanya kenapa yang dia orang tu asyik nak melantun tak tentu pasal? Kalau dia pandu perlahan mesti ke aku menbontot saja belakang dia. Tak boleh potong ke? Selalunya bila potong aje dia mesti melantun dan tahan aku. Sampai sekarang aku musykil dan curiga. Apa salahnya kalau aku memotong dan apa yang sebenarnya diorang cari.

Satu hari jam 3.30 pagi aku dan adam baru balik dari subang pancing ikan. Tiba di bulatan kampung pandan lampu merah lalu berhenti disitu. Bila toleh kiri ada kereta peronda bersebelahan kami. Aku perasan dia toleh ke arah aku. Aku buat biasa aje apa nak takut ada lesen ada road tax. Lampu hijau aku pun jalan kearah jalan kampung pandan. Bila aku toleh cermin belakang aku nampak kereta peronda tadi mengekori makin lama makin dekat tapi tak mahu potong. Dia ikut aje belakang aku. Aku dah boleh jangka dia mesti nak tahan aku. Kemudian dia bunyikan siren dan aku terus ketepi jalan dan berhenti. Dia minta lesen aku ada. Rod tax pun ada. Buka bonet belakang cuma ada pancing dan ikan siakap. Dia cari sebab lain pula. Tadi masa aku keluarkan lesen dari wallet dia nampak IC warna merah kononya macam pelarian punya. Padahal itu maykid anak perempuan aku si baby. Kesudahanya aku disuruh jalan. Dalam perjalanan aku menyumpah tak habis-habis. Tak ada kerja lain ke? Orang dah lah mengantuk nak tido.

Di hari dan bulan yang lain pula kami sekeluarga bosan bosan kat rumah keluar bersiar-siar pandu kereta. Arah tuju kami hanya disekitar ampang point saja. Seronok juga pandu perlahan sambil bersantai dalam kereta tengok sana tengok sini. Jalan shortcut yang kami lalui agak sempit dan berbonggol bonggol. Memang kena pandu perlahan. Rancak berbual tiba-tiba adam mencelah... ayah kereta polis kat belakang. Aku toleh cermin memang betul dan terus pandu macam biasa. Kemudian dia nyalakan lampu siren memang nampak dari cermin. Masatu memang tiada kereta lain selain aku. Sah kami kena tahan. Melantun lagi lah tu... kena tahan lagi lah kita ni dam... kata aku.

Aku dah mula bosan asyik kena hambat dan kena tahan. Macam biasa apa yang dia minta semuanya ada. Aku hilang sabar terus tanya dia... apa halnya bang? Kemudian dia jawab... saya tengok encik macam orang sesat tengok kiri tengok kanan! (macam nak menyamunlah agaknya) Aku jawab... apa yang sesatnya?.. inikan kampung aku! ...tahulah aku selok belok jalan sini. Tengoklah alamat IC aku! Kemudian rutin biasa, suruh buka bonet belakang tak ada apa pun. Dia berbisik sesuatu pada rakannya... lalu ambil nota catat no kereta aku. Kali ini aku pulak yang “melantun” ...aku kata... haaaa... tulislah apa nak tulis. Ila menyampuk... sudah lah bob. Akupun reda seketika. Kami dilepaskan pergi. Aku hairan selalu sangat kena hambat tanpa sebab. Lagipun dalam kereta ada anak-anak tentu akan tertanya-tanya kenapa ayah selalu kena tahan. Mungkin dalam fikiran mereka ada perasaan ingin tahu dan syak wasangka yang bukan-bukan.

Sehingga kini aku musykil dan tertanya-tanya pada mereka-mereka yang berwajib. Tanggung jawab korang memang aku faham dan aku puji. Tak dinafikan pdrm memang the best. Tapi kenapa kereta buruk yang selalu jadi bahan suspect jenayah? Apakah pemilik kereta buruk seperti aku ini tak layak berada dijalan raya? Apakah muka aku muka penjenayah atau penyagak? Apa korang ingat tawke besar yang bawa kereta besar-besar tu semuanya baik baik belaka. Mana korang tahu silap silap mereka itulah penyamun besar... penyagak besar... drug dealer dsbnya. Akupun ada maruah!

Aku juga ingin tahu bukankah abang trafic yang dipertanggung jawabkan untuk menyaman pesalah lalulintas? Mengapa begitu kerap abang biasa (peronda) yang sering kelihatan menahan kenderaan ditepi tepi jalan. Apakah setiap kenderaan yang sering ditahan dan diperiksa itu adalah suspect penjenayah? Sekiranya abang trafic yang menahan pesalah lalulintas memang aku setuju itu memang tugas mereka. Apapun sekali tak boleh lah aku nak cakap lebih-lebih disini. Cukuplah setakat ini saja. Lebih cakap nanti tak pasal-pasal kena ISA pulak. Kesian anak bini aku.

PS: Bersedia, Berkhidmat, Berbakti

1 ulasan:

Bya Zainal berkata...

itu polis mkan rasuah nmenye ..
polis sume xle pakai laa .