Aku rela sapu minyak dinding rumah... aku rela belah kayu api... aku lebih rela buat kerja lain... dari jaja jagung keliling kampung. Ketika itu tak pernah terlintas olehku... apa tujuan abah menyuruh aku berjaja jagung keliling kampung. Yang pasti kerana untuk menambah wang saku semata-mata. Setelah basikal diikat rapi dengan bakul yang dipenuhi jagung rebus, aku mulakan kayuhan ku ke sebelah barat iaitu kearah kg. batu 10. Satu demi satu rumah dan kedai aku lepasi. Tak satupun suara yang menegur dan memanggilku. Mungkin sangkaan mereka itu adalah rutin berbasikal harianku keliling kampung. Sampailah kekampung batu 10 berdekatan dengan selekoh sekolah... aku di tegur oleh seorang perempuan yang sedang menyapu dihalaman rumahnya... "apa kau bawak tu"... lapok?... Aku tersipu sipu dan tak menoleh langsung lantas buat pusingan "U" kearah batu 9 iaitu arah rumahku. Senakal nakal aku dikampung... bab..bab macamnilah yang aku tewas teruk. Aku memang berat mulut... aku memang pemalu... sapatah harampun aku tak bersuara semasa aku berjaja disepanjang jalan. Manakan orang tahu aku berjaja jagung? Aku terus saja balik kerumah. Abah dan emak menanti hasil dengan penuh harapan. Sampai saja dirumah... laahh... satu pun tak laku... pok...??? Aaa' aaa... sambil aku menganggukkan kepala dan membawa bakul kedalam. Takpo lah... takdo rezeki... kata abah. Hooreeyyy... dalam hatiku bersorak gembira. Seksa jual jagung dah lepas. Penghabisnya emak suruh aku agih-agihkan jagung kejiran bersebelahan.
p/s : Baruku sedar maksud abah, kesalnya aku gagal membantu... aku minta ampun aku minta maaf... pada abah dan emak. Mungkin aku bukan dilahirkan sebagai seorang ahli perniagaan agaknya... tak boleh jadi tawke. Sekali lagi anakmu pohon ampun dan maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.
4 ulasan:
mak aii.. bahasa ala2 bdk sastera.. jiwang betul... xsangak pak busu blh mengarang camni... xsama langsung ngan busu nya blog
suami romantik mesti pandai pujuk bini kan... kan... kan...
pak busu... ni buku sejarah tahun berapa??? tajuk ni dalam bab berapa???
ni sejarah majapahit
korang mana tau... tu pasal kena baca...
ehehe...
Catat Ulasan