Pendapatan abahku sebagai guru sekolah memang tidak mencukupi jadi bila saja ada cuti sekolah abah akan toreh getah bagi menambah pendapatan keluarga. Suka aku ceritakan disini aku memang anak paling degil dan nakal dan mungkin juga anak paling diberi perhatian oleh emak dan abahku ketika itu mungkin disebabkan kelasakan atau kenakalan aku...??? "Allahhua'allam" akupun tak pasti yang nyata bukanlah maksudku wahai kekanda-kekandaku nak membeza-bezakan antara kita adik beradik. Selepas saja solat subuh... kami bertiga akan kekawasan perkuburan kg. pulau sebok kerana disitulah kawasan pokok getah yang akan ditoreh. Waktu itu aku mamang tidak boleh berenggan dengan udin dan abah bayangkan waktu subuh yang masih gelap aku berada dikawasan perkuburan. Yang jelas terpancar dimuka aku ialah ketakutan maklumlah macam-macam cerita yang aneh pernah terjadi dikawasan tanah perkuburan ini. Tugasan aku dan udin ialah membersihkan cawan takungan getah disamping memunggut dan mengumpul getah buku. Abah pula yang "pro" pasal toreh-menoreh akan menoreh pokok getah. Budak-badak zaman sekarang yang tidak mengenali apa itu getah buku... getah buku ialah getah lebihan torehan semalam yang terkumpul didalam cawan yang disediakan dan juga mempunyai haruman bauan yang pphééhhh... busukkk gilerrr bebb. Waktu yang ditunggu-tungu telah tiba bila tawke Ah Beng datang untuk beli hasil getah. Hasil getah keping dan getah buku memang abah punya 100%. Aku dan udin diberi wang saku oleh abah... amat besar nilainya. Bayangkan aku dan udin dapat 5 hengget seorang sampaikan emak aku kata... hari ini kedai runcit Aris Kutar kami berdua yang punya manakan tidak berbelanja sakanlah kami dua beradik. Oren kajang sabotol 30sen... kueh kacang sekeping 5 sen... roti mamak 15 sen... ais cream mangkuk 20 sen... boleh beli gasing, guli dan terup gambar lagi tu dan main tikam-tikam judi. Ada lebih lagi tu.
p/s : Huuiiii mewah... mewah.
0 ulasan:
Catat Ulasan