Selasa, 26 Mei 2009

Aku dan muzik...

Bak kata perpatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Tak hairanlah mengapa minatku terhadap muzik begitu mendalam. Bila disingkap kisah silam rupa-rupanya abah seorang pemain accordian dizaman remaja beliau. Apapun minatku terhadap muzik bukan atas dorongan dan galakan dari orang tuaku. Niatku hanyalah sekadar mengisi masang lapang yang terluang.

....dipendekkan cerita aku adalah seorang pemain bass guitar ketika mula-mula bermain muzik bersama kumpulan. Udin abangku juga tidak kurang hebatnya kerana bakatnya bermain drum ketika itu. Kami sering mendapat undangan bermain dimajlis orang kahwin ada kalanya mendapat undangan dari luar kampung seperti kg. petaling, semenyeh dan langat. Masa berlalu muzikpun berubah dari 60an ke muzik rock. Ketika kami mendapat undangan bermain dilangat aku dikejutkan oleh tiga anak jati langat dengan persembahan yang amat bertenaga sekali. Mereka memainkan lagu-lagu rock dari kumpulan deep purple seperti highway star, smoke on the water dan sebagainya. Terpegung terpinga-pinga aku melayan irama muzik rock yang dimainkan. Sampaikan pedal drum patah dikerjakan oleh mereka. Bayang betapa padat dan kerasnya muzik rock.

Perlu ada perubahan jiwaku memberontak... dari itu aku harus terima perubahan. Bermula dari situ dari hasil titik peluhku sendiri aku berjaya memiliki sebuah guitar elektrik berjenama ibanez. Dari situlah minatku terhadap muzik menjadi lebih mendalam. Boleh katakan setiap malam aku akan berlatih sendirian dirumah. Hasilnya aku sudah boleh bemain lead guitar. Sebenarnya aku bukanlah guitarist yang hebat macam malmsteen atau man kidal. Hanya sekadar main band orang kahwin saja. Tak pernahpun pergi kelas muzik apatah lagi baca note. Bagiku asalkan lagu yang dimainkan tak sumbang dan tak terkucil dari nada lagu asal sudah mencukupi. Lantas aku menubuhkan kumpulan baru yang berkonsep rock & roll. Aku lead guitar, hakim bass, amir drum dan rahim vokal. Berkat latihan demi latihan kami serasi bersama. Sering mendapat undangan orang khawin dan sudah mula popular dikawasan puchong, petaling, gombak dan sudah berkeyakinan bermain pentas pentas ekspo. Soal bayaran belakang kira yang penting kepuasan.

PS: Angan-anganku nak popular macam lefthanded dan search tapi takut keluar kampung... tak “confident” siapa yang tahu... tak siapa nak ambil tahu... dan tak siapa yang peduli... ikuti kisah selanjutnya....

0 ulasan:

Tiada ulasan: