Selasa, 26 Mei 2009

Aku mat dispacth...

Terus terang aku memang langsung tak berminat nak sambung belajar. Lepas saja spm maka tamatlah sudah alam sekolahku. Lama juga aku jadi kropok lekor terbongkang sana terbongkang sini kat rumah. Rutin harianku... bangun pagi mencekek, lepastu main gitar, lepastu cekek lagi, petang main bola lepas cekek belah malam lepak-lepak main gitar sampai pagi. Emak dah mula berleter bila nak cari kerja. Aku pulak dah bosan sebab tak ada duit. Akhirnya aku kerja buroh apperentis di kapal korek air hitam tin puchong. Bosan dengan kerja di kapal korek aku cari peluang kerja pejabat.

Kerja pejabat aku yang pertama di syarikat kumpulan perangsang selangor di jalan raja laut kuala lumpur sebagai mat despacth. Tak lama aku disitu. Dengan pengalaman yang aku ada aku terus intai peluang tempat lain kali ini aku diterima bekerja di sebuah syarikat hartanah mk associates di melawati dan sg buloh. Cara aku diterima bekerja di sini agak pelik. Aku diminta hadir di padang bola rri sungai buloh. Setibanya aku di sana aku dipertemukan dengan seseorang yang bertubuh tegap sasa dan berkulit gelap ala-ala negro. Beliau ialah khalid ali bekas pemain bola sepak kebangsaan. Selesai aku siap menyarung kasut bola aku disuruh berlari mengelilinggi padang hampir 20 pusingan bersama 25 lagi pelatih. Tiba pusingan ke 12 aku sudah mula tercungap cungap. Aku dapat rasakan aku sudah boleh bernafas melalui telinga dan mulut. Berpinar-pinar mataku... mahu tak mahu terpaksa habiskan juga demi peluang pekerjaan. Bermacam macam lagi latihan yang wajib bagi seseorang pemain bola sepak terpaksa aku lalui. Aku lulus ujian pemilihan... allhamdullillah... tapi belum selesai lagi. Aku dikehendaki hadir untuk interview kedua keesokan harinya.

Hari kedua aku dikehendaki hadir di hq mk associates taman melawati. Ditemukan dengan tuan hj mustaffa kamal boss besar mk. Kemudian dibawa ke sebuah studio muzik kepunyaan mk sendiri dan diuji bermain bass guitar bersama band boy mk yang lain. Syukur allhamdullillah... aku lulus ujian kedua. Terima kasih siva menon secreatary mk ketika itu kerana beliaulah yang menjaja bakat semulajadiku. Terima kasih sekali lagi. Terlanjur aku disini aku mengambil kesempatan menyampaikan “salam khabar” buat kekawan mk yang mana masih mengenaliku kalau ada yang tersesat dalam blog ini. Kekawan yang masih dalam ingatanku siva menon, aida, raja badri, sham zura2, zahri, aziz yadi, rahman ali, khalid ali, waspi, khalid mansor, jasni, ghazali, najib dan ramai lagi yang aku tak ingat.

PS: Seksa juga nak jadi mat despacth.

0 ulasan:

Tiada ulasan: