Isnin, 18 Mei 2009

Abah lepas geram... aku mesti kena...

Waktu abah letih dan penat aku boleh baca. Lepas balik dari mengajar di sekolah dan lepas makan tenggahari abah kepenatan dan akan tertidur diruang tamu. Macam biasalah aku dan udin akan mulakan aksi menyensat bagai anjing dengan kucing. Berkelahi sesama sendiri aku yang kecil akan memberontak mahukan sesuatu yang udin ada. Manakan boleh udinkan abang seharusnya dia mempertahankan apa saja barangan kepunyaannya. Maka terjadilah bunyi bunyian yang bagaikan gempa bumi. Bayangkan rumah berlantaikan papan kami berkejaran kesana kesini. Lalu abah terjaga dari tidur lantas tanpa mengira detik dan waktu terus menghambat kami dua beradik dengan rotan. Udin bijak dan cekap orangnya melompat sepantas kijang melepasi tingkap dan terus menghilang di tanah. Aku pula bagaikan kancil yang terperangkap terpingga pinga lalu dibelit gajah dengan belalainya. Aku tak dapat lari dan memang tak mahupun cuba untuk lari. Menyerah sajalah untuk abah... hasilnya macam biasalah yang nangis aku yang kena rotanpun aku. Sikijang yang bijak pula akan pulang kerumah setelah abah cool down.

Kalau difikirkan balik... seronok juga ya... nangis kena rotan. Bagi aku kalau tak kena rotan bukan anak jantan namanye... betulkan abah...!!! EEYOOO.. kata abah

0 ulasan:

Tiada ulasan: