Tiada lagi pepohon menghijau yang bertaut paut melambai-lambai tatkala aku meluncur laju dibawahnya. Dihening pagi suria menjelma tiada kedengaran kicauan burung bercerita sesama sendiri kini suram menyepi bagaikan membisu seribu bahasa. Pilu dihati di tusuk sembilu sungai yang jernih ramai penghuni kini menyepi tidak berpenghuni. Kemanakah gerangannya sang keli mengadu nasib di mana berpautnya pula sijenggot biru tiada khabar tiada berita. Keringat mencurah dek terikh mentari hilangnya pepohon tempatku berteduh. Yang pasti yang jelas debu bertempiaran terasa amat panas membara. Pilu hatiku sebak dihati rindu kampungku tidak terperi aku tercari-cari kemana hilangnya suasana kampung asalku... kerana aku adalah anak jati kampung pulau meranti puchong. Keaslian dan keindahan alam semulajadi dahulunya sudah tercemar oleh cyberjaya, klia, lebuh raya dan sebagainya. Disinilah tempat lahirnya anak keempat pasangan cikgu ali abahku dan zainab emakku. Adik beradik aku enam orang kesemuanya. Abangku udin anak lelaki sulung, kakakku nomi dan noryah dan dua adik lelaki adik nonet dan adik Lan.
Aku bukanlah orang senang. Abah seorang guru sekolah mengajar dipekan batu 14 puchong dan emak pula suri rumah sepenuh masa. Dari cerita emak dulunya kehidupan kami snuh masa. Dari cerita emak dulunya kehidupan kami sekeluarga agak susah. Pendapatan abah sebagai guru ketika itu tidaklkulit kayu... aku tak berapa pasti. Berbumbungkan atap nipah yang membuatkan kami sekeluargah mencukupi bagi menyara keluarga. Selalunya disebelah petang aku akan mengikut abah dan emak kesungai atau kelombong untuk memancing dan menjala ikan. Sungailah menjadi penganti pasar borong bagi kami sekeluarga. Terima kasih sungai... terima kasih lombong... terima kasih hutan dan terima kasih alam semulajadi. Sebak... hiba... dan pilu rasanya bila terkenangkan kembali kisah silam keluarga aku dimasa dahulu. Justeru terbayang aku akan rumah usang yang aku tinggal di kg. pulau sebok, pulau meranti dahulu. Rumah yang mempunyai tangga dan bertiang tinggi bila petang kami akan bensantai dibawahnya. Di malam hari unggun api akan dinyalakan oleh abah sebagai pengganti ubat nyamuk. Berdindingkan separuh papan separuh lagi a jadi fobia bila hujan dan tersenyum gembira bila panas terik kerana disinari banyak lumpu-lampu suluh dari celah-selah dinding dan bumbung nipah. Lantai pula berlantaikan papan dan kayu-kayu. Perlu diingat para tetamu haruslah berhati-hati kerana cuma ahli-ahli keluarga saja yang tahu kawasan-kawasan sensitif yang tidak boleh dipijak. Sebut pasal tiang teringat aku sebatang tiang kayu dikawasan dapur yang mana menjadi tiang "favourite" abah. Kebiasaannya abah akan mengesek-gesek bahagian belakang badannya tatkala dia mengalami gatal-gatal bahagian belakang. Disamping itu juga aku diberi tugasan penting oleh abah... dan sesungguhnya aku amatlah berbangga kerana akulah "mesen urut zaman dahulu" iaitu orang yang paling layak memanjat dan memijak belakang abahku bila dia saki-sakit badan.
p/s : Kalau dulu ada program bersamamu anjuran tv3 tentu kami sekeluarga terpilih agaknya... Walau apapun aku amat berbangga dan berterima kasih dengan ketabahan emak dan abah dalam menghadapi pahit maung untuk membesarkan kami.
0 ulasan:
Catat Ulasan