Aku mengenali dia dari rakan sekerjaku. Jiwaku jadi kacau pertama kali aku melihat dia. Dihari pertama “first date” dia mungkir janji. Aku tertipu. Kusangkakan aku gagal memilikinya tapi dah jadi prinsip aku... yang susah nak dapat itu lah yang aku mahukan. Akhirnya dia tewas juga dan kami sering bertemu. Bagiku apa yang membuatkan aku terpikat padanya biarlah rahsiaku disebaliknya pula apa yang marasuk dirinya sukakan aku biarlah rahsianya pula. Ikhlas dariku jujur hatiku berkata... dialah yang teristimewa dan dialah segala-galanya.
Aku memang jenis tak menyabar mungkin juga cinta pandang pertama. Bukan harta bukan juga wang ringgit yang menjadi ukuran. Ibaratkan tidurku berbantalkan dia... celik pandanganku bercahyakan dia. Atas dasar sayang sama sayang suka sama suka kami disatukan. Syukur alhamdullillah berkat doa, kerjasama, kesabaran dan tolak ansur, dah 20 tahun kami bersama anak2 pun dah dewasa sekarang.
PS: Sesungguhnya aku amat bertuah memiliki isteri dan anak-anak yang menyayangi aku.
Rabu, 27 Mei 2009
Selasa, 26 Mei 2009
Aku perasan bagaikan superstar...
Kemana saja aku pergi dimana jua aku berada aku di sebut-sebut terutamanya oleh minah-minah rock. Entahlah mungkin aku perasan agaknya... tapi yang nyata aku bagai super star di kampungku. Kemana saja dan dimana saja aku beraksi memang ada follower. Sampaikan aku naik rimas ada mianh yang nak tangkap cintan dengan aku.
Bakatku bukan hanya sekadang bermain gitar kekadang menyanyi sambil bermain guitar. Orang kata kalau aku nyanyi suara macam ramli sarip... macam nashpun ada macam rod steward pun ada. Entah-entah macam RAMLI SIRAP kot..!!! Cuba tanya mummy slurpp kalau dulu masa kami tengah bercinta dia guling guling tak boleh tidor teringat suara aku... betullah tu suara aku macam ramli sarip... kah.. kah.. ketawakan dia.
PS: Maaf bebanyak lah minah-minah rock sezaman aku dulu... walaupun aku mat rock aku tetap pemalu. Lain kali kalau syok kat aku janganlah tunjuk lebih-lebih. Kalau korang buat-buat jual mahal aku pasti glabah punya... tupun tengok aku punya taste dululah...!!!
Aku dan muzik...
Bak kata perpatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Tak hairanlah mengapa minatku terhadap muzik begitu mendalam. Bila disingkap kisah silam rupa-rupanya abah seorang pemain accordian dizaman remaja beliau. Apapun minatku terhadap muzik bukan atas dorongan dan galakan dari orang tuaku. Niatku hanyalah sekadar mengisi masang lapang yang terluang.
....dipendekkan cerita aku adalah seorang pemain bass guitar ketika mula-mula bermain muzik bersama kumpulan. Udin abangku juga tidak kurang hebatnya kerana bakatnya bermain drum ketika itu. Kami sering mendapat undangan bermain dimajlis orang kahwin ada kalanya mendapat undangan dari luar kampung seperti kg. petaling, semenyeh dan langat. Masa berlalu muzikpun berubah dari 60an ke muzik rock. Ketika kami mendapat undangan bermain dilangat aku dikejutkan oleh tiga anak jati langat dengan persembahan yang amat bertenaga sekali. Mereka memainkan lagu-lagu rock dari kumpulan deep purple seperti highway star, smoke on the water dan sebagainya. Terpegung terpinga-pinga aku melayan irama muzik rock yang dimainkan. Sampaikan pedal drum patah dikerjakan oleh mereka. Bayang betapa padat dan kerasnya muzik rock.
Perlu ada perubahan jiwaku memberontak... dari itu aku harus terima perubahan. Bermula dari situ dari hasil titik peluhku sendiri aku berjaya memiliki sebuah guitar elektrik berjenama ibanez. Dari situlah minatku terhadap muzik menjadi lebih mendalam. Boleh katakan setiap malam aku akan berlatih sendirian dirumah. Hasilnya aku sudah boleh bemain lead guitar. Sebenarnya aku bukanlah guitarist yang hebat macam malmsteen atau man kidal. Hanya sekadar main band orang kahwin saja. Tak pernahpun pergi kelas muzik apatah lagi baca note. Bagiku asalkan lagu yang dimainkan tak sumbang dan tak terkucil dari nada lagu asal sudah mencukupi. Lantas aku menubuhkan kumpulan baru yang berkonsep rock & roll. Aku lead guitar, hakim bass, amir drum dan rahim vokal. Berkat latihan demi latihan kami serasi bersama. Sering mendapat undangan orang khawin dan sudah mula popular dikawasan puchong, petaling, gombak dan sudah berkeyakinan bermain pentas pentas ekspo. Soal bayaran belakang kira yang penting kepuasan.
PS: Angan-anganku nak popular macam lefthanded dan search tapi takut keluar kampung... tak “confident” siapa yang tahu... tak siapa nak ambil tahu... dan tak siapa yang peduli... ikuti kisah selanjutnya....
Aku mat dispacth...
Terus terang aku memang langsung tak berminat nak sambung belajar. Lepas saja spm maka tamatlah sudah alam sekolahku. Lama juga aku jadi kropok lekor terbongkang sana terbongkang sini kat rumah. Rutin harianku... bangun pagi mencekek, lepastu main gitar, lepastu cekek lagi, petang main bola lepas cekek belah malam lepak-lepak main gitar sampai pagi. Emak dah mula berleter bila nak cari kerja. Aku pulak dah bosan sebab tak ada duit. Akhirnya aku kerja buroh apperentis di kapal korek air hitam tin puchong. Bosan dengan kerja di kapal korek aku cari peluang kerja pejabat.
Kerja pejabat aku yang pertama di syarikat kumpulan perangsang selangor di jalan raja laut kuala lumpur sebagai mat despacth. Tak lama aku disitu. Dengan pengalaman yang aku ada aku terus intai peluang tempat lain kali ini aku diterima bekerja di sebuah syarikat hartanah mk associates di melawati dan sg buloh. Cara aku diterima bekerja di sini agak pelik. Aku diminta hadir di padang bola rri sungai buloh. Setibanya aku di sana aku dipertemukan dengan seseorang yang bertubuh tegap sasa dan berkulit gelap ala-ala negro. Beliau ialah khalid ali bekas pemain bola sepak kebangsaan. Selesai aku siap menyarung kasut bola aku disuruh berlari mengelilinggi padang hampir 20 pusingan bersama 25 lagi pelatih. Tiba pusingan ke 12 aku sudah mula tercungap cungap. Aku dapat rasakan aku sudah boleh bernafas melalui telinga dan mulut. Berpinar-pinar mataku... mahu tak mahu terpaksa habiskan juga demi peluang pekerjaan. Bermacam macam lagi latihan yang wajib bagi seseorang pemain bola sepak terpaksa aku lalui. Aku lulus ujian pemilihan... allhamdullillah... tapi belum selesai lagi. Aku dikehendaki hadir untuk interview kedua keesokan harinya.
Hari kedua aku dikehendaki hadir di hq mk associates taman melawati. Ditemukan dengan tuan hj mustaffa kamal boss besar mk. Kemudian dibawa ke sebuah studio muzik kepunyaan mk sendiri dan diuji bermain bass guitar bersama band boy mk yang lain. Syukur allhamdullillah... aku lulus ujian kedua. Terima kasih siva menon secreatary mk ketika itu kerana beliaulah yang menjaja bakat semulajadiku. Terima kasih sekali lagi. Terlanjur aku disini aku mengambil kesempatan menyampaikan “salam khabar” buat kekawan mk yang mana masih mengenaliku kalau ada yang tersesat dalam blog ini. Kekawan yang masih dalam ingatanku siva menon, aida, raja badri, sham zura2, zahri, aziz yadi, rahman ali, khalid ali, waspi, khalid mansor, jasni, ghazali, najib dan ramai lagi yang aku tak ingat.
PS: Seksa juga nak jadi mat despacth.
Rabu, 20 Mei 2009
Berat bahu memikul... berat lagi mulut aku...
Aku rela sapu minyak dinding rumah... aku rela belah kayu api... aku lebih rela buat kerja lain... dari jaja jagung keliling kampung. Ketika itu tak pernah terlintas olehku... apa tujuan abah menyuruh aku berjaja jagung keliling kampung. Yang pasti kerana untuk menambah wang saku semata-mata. Setelah basikal diikat rapi dengan bakul yang dipenuhi jagung rebus, aku mulakan kayuhan ku ke sebelah barat iaitu kearah kg. batu 10. Satu demi satu rumah dan kedai aku lepasi. Tak satupun suara yang menegur dan memanggilku. Mungkin sangkaan mereka itu adalah rutin berbasikal harianku keliling kampung. Sampailah kekampung batu 10 berdekatan dengan selekoh sekolah... aku di tegur oleh seorang perempuan yang sedang menyapu dihalaman rumahnya... "apa kau bawak tu"... lapok?... Aku tersipu sipu dan tak menoleh langsung lantas buat pusingan "U" kearah batu 9 iaitu arah rumahku. Senakal nakal aku dikampung... bab..bab macamnilah yang aku tewas teruk. Aku memang berat mulut... aku memang pemalu... sapatah harampun aku tak bersuara semasa aku berjaja disepanjang jalan. Manakan orang tahu aku berjaja jagung? Aku terus saja balik kerumah. Abah dan emak menanti hasil dengan penuh harapan. Sampai saja dirumah... laahh... satu pun tak laku... pok...??? Aaa' aaa... sambil aku menganggukkan kepala dan membawa bakul kedalam. Takpo lah... takdo rezeki... kata abah. Hooreeyyy... dalam hatiku bersorak gembira. Seksa jual jagung dah lepas. Penghabisnya emak suruh aku agih-agihkan jagung kejiran bersebelahan.
p/s : Baruku sedar maksud abah, kesalnya aku gagal membantu... aku minta ampun aku minta maaf... pada abah dan emak. Mungkin aku bukan dilahirkan sebagai seorang ahli perniagaan agaknya... tak boleh jadi tawke. Sekali lagi anakmu pohon ampun dan maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.
Selasa, 19 Mei 2009
Teratak kugiran... joget lambak...
Kalau ada Kenduri kahwin memang meriah gileerr. Tidak kira anak siapapun yang kahwin orang kampung mesti ambil bahagian. Yang paling aku nantikan kugiran dan joget lambak. Aku tahan tak makan tak minum bagaikan tetamu vip mencanggkung sambil bertongkat dagu memerhati pemuzik-pemuzik sedang beraksi. Sekejap mataku ke abang yang main gitar... sekejap mataku beralih pula ke abang yang main drum. Bila tiba saja break time makan time... abang-abang kugiran akan menyerbu keteratak makan lapar gileer lah tu. Aku dan kawan-kawanku pula meyerbu ke teratak kugiran sambil membelik, memegang, memetik tali gitar yang tersandar diamplifier. Berkesempatan juga aku duduk di kerusi drum set yang tiada bertuan ketika itu sambil mengetuk getuk snill drum dan memijak mijak pedal drum.
Tiba-tiba...
dhumm... dhumm... dhumm... dhumm
bunyi hentakan pedal bass drum mengakibatkan seluruh tetamu di teratak makan
tensentak seketika sambil memandak kearah teratak pancaragam.
Kemudiam kedengaran jeritan....
hooiiii budak jangan usik jangan main barang muzik tu...
nanti rosak....
dan kedengaran seseorang mencelah...
anak siapo tuuu..?
Alaahhh.. anak cikgu Alliii....iii.
Lepastu aku dan kawan-kawan perlahan lahan beredar keluar dari situ. Sebelah malam pula joget lambak. Kalau nak tengok kelibat orang tua naik tocang dan ulat bulu naik daun...haa ni lah masanya...!!! Masa tulah pakcik dan makcik lupa diri berkepak kepak joget lambak selagi kugiran tak penat selagi tu tak berhenti.
p/s : Kutanam semat di sanubariku... satu hari nanti aku pasti akan berada dibawah teratak kugiran sambil bermain muzik dan abang-abang kugiran pula akan jadi penonton... "Amin"
Isnin, 18 Mei 2009
Abah lepas geram... aku mesti kena...
Waktu abah letih dan penat aku boleh baca. Lepas balik dari mengajar di sekolah dan lepas makan tenggahari abah kepenatan dan akan tertidur diruang tamu. Macam biasalah aku dan udin akan mulakan aksi menyensat bagai anjing dengan kucing. Berkelahi sesama sendiri aku yang kecil akan memberontak mahukan sesuatu yang udin ada. Manakan boleh udinkan abang seharusnya dia mempertahankan apa saja barangan kepunyaannya. Maka terjadilah bunyi bunyian yang bagaikan gempa bumi. Bayangkan rumah berlantaikan papan kami berkejaran kesana kesini. Lalu abah terjaga dari tidur lantas tanpa mengira detik dan waktu terus menghambat kami dua beradik dengan rotan. Udin bijak dan cekap orangnya melompat sepantas kijang melepasi tingkap dan terus menghilang di tanah. Aku pula bagaikan kancil yang terperangkap terpingga pinga lalu dibelit gajah dengan belalainya. Aku tak dapat lari dan memang tak mahupun cuba untuk lari. Menyerah sajalah untuk abah... hasilnya macam biasalah yang nangis aku yang kena rotanpun aku. Sikijang yang bijak pula akan pulang kerumah setelah abah cool down.
Kalau difikirkan balik... seronok juga ya... nangis kena rotan. Bagi aku kalau tak kena rotan bukan anak jantan namanye... betulkan abah...!!! EEYOOO.. kata abah
Ahad, 17 Mei 2009
Orang mengeluh... sikit-sikit lapok...
Bila menjelang pra sukan sekolah emak dan abah aku lah orang yang paling gembira dan glamour. Kesemua acara sukan yang dipertandingkan selalunya akan dimonopoli oleh anak-anak cikgu Ali. Baik Udin, Normi, Noryah mahupun aku sendiri. Sampaikan kedengaran suara-suara berbau dengki... sikit-sikit Lapok... sikit-sikit Lapok yang nombor satu. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik nama Lapok yang emak dan abah berikan pada aku rupanya. Aku dan adik beradik handal dalam sukan. Hasilnya emak tidak perlu beli dulang makanan, jug air kaca, thermos air, bekas makanan plastik, cawan, teko air dan sebagainya. Cuba bayangkan bila saja sukan tahunan diaadakan dari darjah satu hingga darjah enam kami tiga beradik pasti bawa hasil pulanggan. Kalau piala pusinggan yang tembaga tu dari paras keting hingga ke paras pinggang semuanya ada.
p/s : Aku dah boleh berbangga dengan nama Lapok yang emak dan abah
berikan padaku... "Allhamdullillah"
Sabtu, 16 Mei 2009
Berdiri atas bangku... kena dendalah tuu..
Kebiasaannya kekadang murid-murid akan berpeleseran diatas lantai bilik darjah apabila separuh daripada meja dan kerusi digunakan oleh guru atau PIBG untuk sesuatu tujuan seperti mesyuarat PIBG dan sebagainya. Kesukaan bagi budak lelaki tak payah cikgu offer siapa yang volentier duduk dilantai termasuklah aku. Tapi yang malangnya nasibku aku dituduh mengintai seluar dalam budak perempuan yang sedang duduk. Walhal sebenarnya aku menulis sambil meletakkan kepalaku dilantai. Sumpah saya tak intai cikgu...!!! aku jadi bahan fitnah... fitnah semata mata. Heboh satu kelas... malu aku... malu aku... sampai emak dan abah aku pun tahu. Aku di denda cikgu... berdiri atas bangku sampai loceng berbunyi.
p/s : aku tak bersalah... aku bersalah... aku difitnah...!!!
Jumaat, 15 Mei 2009
Apa ada pada nama... tapi aku ngamok pasal nama...
Bermula alam persekolahan darjah satu sekolah Sek. Ren. Keb. Pulau Meranti. Macam biasalah bila sesi suai kenal murid-murid baru akan disuruh perkenalkan nama masing-masing. Tiba saja giliran aku... aku dengan bangganya bangun dan mengistiharkan...
Nama saya Zainal Abidin bin Mohd Ali...
belum semapat aku habiskan rangkap seterunya...
kedengaran jeritan...
bukan cikgu... nama dia Lapok cikgu...!!!
Seluruh kelas baru ketawa terkekek-kekek yang perempuan tersipu sipu. Aku malu gilerrr... gerrammm nye aku dan terus meluru sambil melepaskan satu tumbukan ala Muhammad Ali ke muka budak yang aku sendiri tidak kenal anak siapakah gerangannya. Cikgu meleraikan kami berdua dan kelas kembali tenang.
p/s : Ciiss... aku dah mula benci dengan nama gelaran aku...
Khamis, 14 Mei 2009
Rezeki tanah kubur...
Pendapatan abahku sebagai guru sekolah memang tidak mencukupi jadi bila saja ada cuti sekolah abah akan toreh getah bagi menambah pendapatan keluarga. Suka aku ceritakan disini aku memang anak paling degil dan nakal dan mungkin juga anak paling diberi perhatian oleh emak dan abahku ketika itu mungkin disebabkan kelasakan atau kenakalan aku...??? "Allahhua'allam" akupun tak pasti yang nyata bukanlah maksudku wahai kekanda-kekandaku nak membeza-bezakan antara kita adik beradik. Selepas saja solat subuh... kami bertiga akan kekawasan perkuburan kg. pulau sebok kerana disitulah kawasan pokok getah yang akan ditoreh. Waktu itu aku mamang tidak boleh berenggan dengan udin dan abah bayangkan waktu subuh yang masih gelap aku berada dikawasan perkuburan. Yang jelas terpancar dimuka aku ialah ketakutan maklumlah macam-macam cerita yang aneh pernah terjadi dikawasan tanah perkuburan ini. Tugasan aku dan udin ialah membersihkan cawan takungan getah disamping memunggut dan mengumpul getah buku. Abah pula yang "pro" pasal toreh-menoreh akan menoreh pokok getah. Budak-badak zaman sekarang yang tidak mengenali apa itu getah buku... getah buku ialah getah lebihan torehan semalam yang terkumpul didalam cawan yang disediakan dan juga mempunyai haruman bauan yang pphééhhh... busukkk gilerrr bebb. Waktu yang ditunggu-tungu telah tiba bila tawke Ah Beng datang untuk beli hasil getah. Hasil getah keping dan getah buku memang abah punya 100%. Aku dan udin diberi wang saku oleh abah... amat besar nilainya. Bayangkan aku dan udin dapat 5 hengget seorang sampaikan emak aku kata... hari ini kedai runcit Aris Kutar kami berdua yang punya manakan tidak berbelanja sakanlah kami dua beradik. Oren kajang sabotol 30sen... kueh kacang sekeping 5 sen... roti mamak 15 sen... ais cream mangkuk 20 sen... boleh beli gasing, guli dan terup gambar lagi tu dan main tikam-tikam judi. Ada lebih lagi tu.
p/s : Huuiiii mewah... mewah.
Rabu, 13 Mei 2009
Orang panggil aku...
Jelas tertera di sijil surat beranak zainal abidin bin mohd ali nama sebenar aku... tapi dikampung orang panggil aku lapok sampailah sekarang... pelikkan...? Darimana datangnya panggilan Lapok tu...!!! Ini mesti abah dan emak punya angkara lah ni. Mengikut cerita masa aku kecil dulu aku terlau extrem sangat dengan cerita p. ramli "bujang lapok" dari ceritanya sampailah ke lagu bujang lapok... pok... pok... pok... bujang lapok. Maka dengan rasminya lekatlah nama aku dengan panggilan lapok dikalangan keluarga terdekat dan orang-orang kampung yang mengenali aku.
Masatu aku akan buat pekak aje... kalau diaorang panggil aku lapok lebib-lebih lagi depan budak pompuan... he he he mamposlah korang... nama aku bukan lapok...!!!
Selasa, 12 Mei 2009
Menyelam kisah silam ... takanang den kampuang...
Tiada lagi pepohon menghijau yang bertaut paut melambai-lambai tatkala aku meluncur laju dibawahnya. Dihening pagi suria menjelma tiada kedengaran kicauan burung bercerita sesama sendiri kini suram menyepi bagaikan membisu seribu bahasa. Pilu dihati di tusuk sembilu sungai yang jernih ramai penghuni kini menyepi tidak berpenghuni. Kemanakah gerangannya sang keli mengadu nasib di mana berpautnya pula sijenggot biru tiada khabar tiada berita. Keringat mencurah dek terikh mentari hilangnya pepohon tempatku berteduh. Yang pasti yang jelas debu bertempiaran terasa amat panas membara. Pilu hatiku sebak dihati rindu kampungku tidak terperi aku tercari-cari kemana hilangnya suasana kampung asalku... kerana aku adalah anak jati kampung pulau meranti puchong. Keaslian dan keindahan alam semulajadi dahulunya sudah tercemar oleh cyberjaya, klia, lebuh raya dan sebagainya. Disinilah tempat lahirnya anak keempat pasangan cikgu ali abahku dan zainab emakku. Adik beradik aku enam orang kesemuanya. Abangku udin anak lelaki sulung, kakakku nomi dan noryah dan dua adik lelaki adik nonet dan adik Lan.
Aku bukanlah orang senang. Abah seorang guru sekolah mengajar dipekan batu 14 puchong dan emak pula suri rumah sepenuh masa. Dari cerita emak dulunya kehidupan kami snuh masa. Dari cerita emak dulunya kehidupan kami sekeluarga agak susah. Pendapatan abah sebagai guru ketika itu tidaklkulit kayu... aku tak berapa pasti. Berbumbungkan atap nipah yang membuatkan kami sekeluargah mencukupi bagi menyara keluarga. Selalunya disebelah petang aku akan mengikut abah dan emak kesungai atau kelombong untuk memancing dan menjala ikan. Sungailah menjadi penganti pasar borong bagi kami sekeluarga. Terima kasih sungai... terima kasih lombong... terima kasih hutan dan terima kasih alam semulajadi. Sebak... hiba... dan pilu rasanya bila terkenangkan kembali kisah silam keluarga aku dimasa dahulu. Justeru terbayang aku akan rumah usang yang aku tinggal di kg. pulau sebok, pulau meranti dahulu. Rumah yang mempunyai tangga dan bertiang tinggi bila petang kami akan bensantai dibawahnya. Di malam hari unggun api akan dinyalakan oleh abah sebagai pengganti ubat nyamuk. Berdindingkan separuh papan separuh lagi a jadi fobia bila hujan dan tersenyum gembira bila panas terik kerana disinari banyak lumpu-lampu suluh dari celah-selah dinding dan bumbung nipah. Lantai pula berlantaikan papan dan kayu-kayu. Perlu diingat para tetamu haruslah berhati-hati kerana cuma ahli-ahli keluarga saja yang tahu kawasan-kawasan sensitif yang tidak boleh dipijak. Sebut pasal tiang teringat aku sebatang tiang kayu dikawasan dapur yang mana menjadi tiang "favourite" abah. Kebiasaannya abah akan mengesek-gesek bahagian belakang badannya tatkala dia mengalami gatal-gatal bahagian belakang. Disamping itu juga aku diberi tugasan penting oleh abah... dan sesungguhnya aku amatlah berbangga kerana akulah "mesen urut zaman dahulu" iaitu orang yang paling layak memanjat dan memijak belakang abahku bila dia saki-sakit badan.
p/s : Kalau dulu ada program bersamamu anjuran tv3 tentu kami sekeluarga terpilih agaknya... Walau apapun aku amat berbangga dan berterima kasih dengan ketabahan emak dan abah dalam menghadapi pahit maung untuk membesarkan kami.
Langgan:
Catatan (Atom)
Rabu, 27 Mei 2009
Jiwang jiwang...