Jumaat, 7 Ogos 2009

Masih Dalam Ingatan...

Tujuan aku menyelongkah kazanah bola sepak lama ini hanyalah semata-mata nak bagi tahu pada generasi masakini dimana kedudukan bola sepak malaysia dirantau Asia khususnya satu masa dulu.

Masih lagi dalam ingatan dahulunya dizaman 70an ke 80an bila saja ada perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia ataupun Selangor aku pasti tidak ketinggalan. Yang nyata aku pasti ke Stadium Merdeka walaupun hujan ataupun ribut sekalipun. Untuk aku kesana bukanlah jadi satu penghalang kerana aku mempunyai kawan sekampung Nazaruddin yang sering mempelawa aku pergi bersamanya. Disatu masa kami berdua sanggup memanjat tembok stadium yang setinggi 20 kaki kerana kehabisan tiket. Asalkan perlawanan yang membabitkan Malaysia atau Selangor mesti di tonton.

Era 70an dan 80an kita digeruni di rantau Asia. Sebut saja Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh, Arumugam. Khalid Ali, James Wong, Hassan Sani, Bakri Ibni, Shukor Salleh, Jamal Nasir, Redzuan dan ramai lagi pasti mereka gerun. Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Kuwait dan sebagainya pasti gerun dan takut kalau bertemu pasukan Malaysia.

Kalau diingat kembali keputusan-keputusan perlawanan kebanyakannya banyak yang memihak kepada Malaysia. Bagi aku sekutu utama kita masa itu ada lah Korea Selatan berbanding Jepun.
Pasukan Jepun mudah untuk kita kalahkan berbanding Korea Selatan. Aku juga pernah saksikan Malaysia membelash Indonesia 6-0 di kejohanan pesta bola mendeka satu ketika dahulu.

Khas untuk kaki bola.... disini sempat aku selongkah keratan-keratan akhbar lama untuk sekadar ingatan bersama. Sama-sama kita saksikan....

Skuad kebangsaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia satu masa dahulu menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku di kem latihan Bukit Freaser dua hari sebelum perlawanan menentang Korea Selatan pada kelayakan Pra-Olympic Final di Stadium Merdeka pada (4 April 1980).

Kesebelasan utama pasukan Malaysia berbaris sebelum perlawanan bermula (6 April 1980). Tidak kelihatan di barisan Mokhtar Dahari kerana cedera.

Aksi tandukan terbang dari penyerang lincah Hassan Sani yang menghasilkan jaringan penyamaan ketika bertemu Korea Selatan.

Hero perlawanan James Wong yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 keatas Korea Selatan di kerumuni pemain-pemain setelah wisel penamat dibunyikan.

Kelihantan Soh Chin Aun, Khalid Ali dan kesebelasan utama pasukan Malaysia diberi penghormatan mengadap orang kenamaan dipentas diraja serta diberi ucap tahniah diatas kejayaan mengalahkan Korea Selatan sekaligus layak ke Pra-Olympic Moscow 1980 (Apapun kita memboikot atas sebab Russia-Afhganistan)

PS: Boleh ke budak-budak sekarang main bola macam budak dulu-dulu?

1 ulasan:

Admin berkata...

Assalamualaikum.....

Secara teknikalnya insya Allah..., para pemain sekarang boleh bermain sehebat atau mungkin lebih hebat dari pemain dahulu (70-an - 80-an), namun SALAH SATU perkara yang membantutkan kemajuan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia ialah isu pemilihan pemain yang dikatakan tidak telus.

Pemain yang benar2 semangat mewakili negara, yang benar2 berbakat tersisih...

Apapun "Usaha adalah tangga dan jalan ke arah kejayaan"