Maaf yaa... kalian. Minggu nie minggu hantu. Sebelum puasa Ramadhan bermula kena cerita pasal hantu. Bila dah masuk bulan Ramadhan nanti hantu semua kena rantai kena tambat. Tak adalah pulok cerita hantu nanti! Aku memang nye kaki selongkah... nyelongkah punya nyelongkah akhirnya aku jumpa cerita hantu.
Asal usul hantu mengikut kajian...
Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Hobi yang paling digemari merempit dijalan raya. Sering juga kelihatan berpeleseran di Kota Raya. Tempat kegemaran untuk melepaskan penat lelah dan lepak-lepak pula di balai-balai raya.
Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap dan terus mati. Selepas itu dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain "aumm cak" di tepi langsir.
Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Kerja sehariannya rebus/jerang kangkung di restoran. Hari-hari kerjanya rebus/jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk besar itu. Perkataan akhirnya ialah "jerang… ...kung", jadilah Hantu Jerangkung. Mengikut cerita hobi semasa hayatnya dia amat gemar mencangkung dan main sorok-sorok dalam almari. Maka terciptalah lagu "Jerangkung Dalam Almari" nyanyian Awie!
Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki Mr. Ponthi mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak Ponthi ini kerana hodoh. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Mengikut cerita selepas 5 tahun anaknya berjaya keluar dari rumah. Orang kampung terkejut lalu menjerit-jerit berteriak "ooiii Ponthi punya anak!... Ponthi punya anak!" Maka lekatlah nama Pontianak.
Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam. Hobinya suka menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa jadi seronok pulok. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang-orang kampung. Hebohlah satu kampung “Lari... lari... Penanggal”. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan lebih-lebih lagi benda anu... tuh! punyalah happy nya dia mengilai semahunya sampai tertanggal kepalanyanya!
Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Samdol anak lelaki Dolleh. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita kaki cong lah! Dikampung Samdol memang kuat berjudi. Asal berjudi aje mesti dia yang nak cong... mesti nak cong! Orang lain tak boleh nak cong. Disekolah pula dia nie jaguh lompat kijang. Sebelum dia matipun masih sempat terlompat-lompat sambil mengecong orang-orang kampung.
Hantu Kom-Kom
Berasal dari golongan bijak IT (komputer). Macam koranglah yang suka main komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia. Disebabkan suka main komputer sampai dia mati pun di depan komputer. Kata-kata akhirnya sebelum mati adalah... "KOM-KOM" shortcut dari komputer jadi ler KOM... sahaja. Agaknya samalah macam kita yang 24 asyik mengadap komputer atau laptop! Satu lagi tabiat semulajadi dia nie pantang jumpa siapa sekali pun pasti beri salam “me... kom... me... kom!
Terima kasih... lerrr kepada penulis asal cerita "Hantu Lawak" nie sekurang-kurangnya kalau ada diantara kita yang terlalu taksub dan percayakan sesangat adanya hantu sekurang-kurangnya kita masih boleh tersenyum walaupun dalam keadaan takut!
PS: Tidak ada kena mengena samaada yang mati atau pun yang hidup!
0 ulasan:
Catat Ulasan