Sabtu, 22 Ogos 2009

Lawak Ramadhan (U)

Kenakalan aku waktu zaman kanak-kanak memang tak boleh dinafikan. Sampaikan waktu solat tarawikh dimasjid pun aku tak ambil kira. Kebiasaannya aku dan kekawan memang suka duduk dibarisan sub yang akhir. Tujuannya senanglah kami nanti berhenti rehat-rehat atau minum-minum air bila-bila masa kami suka.

Satu malam ketika solat tarawikh aku berkata pada kawan-kawan “malam nie aku nak solat betul-betul”. Aku nak duduk barisan depan... korang duduk lah belakang! kata aku. Eeellah... baik konon! kata kawan aku. Bila bermula saja solat tarawikh aku pun melangkah ke satu sub kehadapan.

Ketika solat, ketika aku sedang melakukan rukuk yang pertama aku dapat lihat gelagat kekawan aku tadi dari celah kelangkang kedua kaki kerana aku memakai seluar melayu. Macam-macam kelaku yang diorang ajukkan membuatkan aku hampir tewas hampir ketawa. Tapi aku masih tetapkan iman bertahan sedaya yang mungkin.

Kemudian bila masuk kerukuk yang kedua keimanan aku diuji semakin hebat lagi, mereka sudah mula main “Aumm... Chak” dengan aku. Sekali lagi aku terpaksa bertahan habis-habisan sambil mengetap kuat mulut dan gusi menahan ketawa. Bila masuk saja waktu sujud tak semena-mena disebabkan nak menahan ketawa yang ditahan-tahan tadi aku terlepas juga... “phuuitttt”... terkentut-kentut aku ketika itu. Makin aku ketawa sambil itu juga angin kentut... seiringan berbunyi... "phuuiit...phuiitt...phuuitt"!

Habis lah kekawan aku yang dibarisan belakang ketawa. Ketika itu juga kami yang sememangnya terkenal dengan kenakalan kami lari menyorok dibelakang masjid sebelum dimarahi oleh jemaah yang lain.

PS : Masa tu tak pernah rasa jemu ke surau atau masjid.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Lawak Ramadhan (18PL)

Bila dah puasa nanti jangan lah pula muka tu masam asam aje. Bawak-bawaklah senyum ketawa moga-moga tak lah teruk sesangat menanti waktu buka puasa nanti!

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Dah jadi tabiat ayah aku, dia suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai kalau aku mengambil gula-gula dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempat asalnya semula.

Suatu hari aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk aku terlihat kain pelikat tok imam tersepit (ipet larr tu) di celah punggungnya. Tanpa disedari oleh tok imam, aku yang kononnya ingin membantu terus menarik kain tok imam yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu lalu dek kerana takut aku terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi melatah lah tok imam tadi... “Oooohh burittt...Oooohh buritt” Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu balik saje kerumah berbirat punggung aku dirotannya.

PS : Hanya sekadar lawak.... he..he..he

Rabu, 19 Ogos 2009

Akta 15... (18PL)

Hamid dan Rosni merupakan sepasang kekasih yang secara kebetulan berkerja ditempat yang sama di Jabatan Perlembagaan Sosial. Bak kata perpatah mereka berdua “bagaikan belangkas” dimana ada Hamid disitu ada Rosni. Suatu malam ketika mereka berdua keluar dating...

Hamid : Kita nak kemana nie?
Rosni : Tak kisah la... mana-mana pun boleh
Hamid : Apa kata kalau kita ke pantai.
Rosni : Ros ok aje!

Apabila sampai dilokasi mereka berdua tidak keluar dari kereta. Mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa. Lama-kelamaan topik perbualan mereka sudah semakin romantik dan berunsur memujuk dan merayu.

Perlahan-lahan Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni. Nampaknya Rosni tidak membantah dan selesa dengan usapan-usapan manja tangan Hamid itu sambil membalasnya dengan senyuman manja. Beberapa minit kemudian. Hamid semakin rancak dan rakus menggerakkan tangannya beberapa inci ke atas menekap dan mengusap perut Rosni.

Rosni masih tidak membantah sambil berkata... “Abang Hamid nie... nakal lah". Terus saja Hamid bertambah rakus dan gelojoh bagaikan perpatah pernah berkata “di beri peha nak punggung di beri punggung nak buah tut... tut” (Sensored). Hinggalah akhirnya ketika Hamid menggerakkan tangannya beberapa inci lagi menghampiri buah tut... tut...nya. Malahan Rosni membalas dan berkata dengan manja kepadanya...

"Abang Hamid... ingatkan AKTA 15 dalam Perlembagaan Sosial!

Lalu... tersentak Hamid seketika mendengarkan teguran Rosni itu dan terus saja Hamid menarik tangannya menjauhi Rosni. Walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan AKTA 15 itu lantas Hamid pun berkata...

Hamid : Maafkan abang! Ros
Rosni : Tak apa... Ros faham!

Sejurus kemudian mereka beredar dari tepian pantai untuk pulang. Mereka terus saja pulang ke rumah masing-masing. Setiba sahaja di rumah Hamid terus masuk saja ke bilik dan mengambil buku perlembagaan pekerja sosial. Terus saja dia membuka halaman “AKTA 15 Perlembagaan Sosial” lalu dia membaca kandungannya...

Dihalaman tersebut tertulis...
"Tingkatkan Usaha... Dengan Bersungguh-sungguh. Jangan Lakukan Separuh Jalan"
Sesal tak sudah si Hamid selepas itu akibat dari tabiat malas membaca.

PS : Rajin-rajinlah baca buku undang-undang!

Selasa, 18 Ogos 2009

Pantun Ramadhan...

Sebut ramadhan pastinya... bulan puasa
Sebut bulan puasa... pastinya berpuasa
Sebut puasa... pastinya perut yang seksa
Sebut perut seksa... pastinya buka puasa

Semoga dijauhkan kami sekeluarga dari nafsu syaitan dibulan yang mulia ini.

PS: Mudah-mudahan “Amin”

Isnin, 17 Ogos 2009

Saya tak nak! Saya dah serik!

Satu malam seperti biasa diwarung yang sama kami berempat ketawa sampai pecah-pecah perut bila mengingatkan kembali gelagat bomoh ekor tempoh hari. Masing-masing tunjuk skill menunjukkan kembali gelagat aksi bomoh tersebut dari perbuatannya sampailah cara percakapannya diajukkan kembali oleh kami. Sampaikan yang tak lucu pun boleh jadi lucu bila ditokok tambah. Cuma Aman yang tidak kelihatan pada malam itu.

Malam itu kami berempat tidak kemasjid. Entah kenapa bila setan dah masuk badan terasa malas pulak jadinya. Melepak lagi lah aku berjam-jam di warung itu tanpa arah tuju. Lama-lama terasa boring pulak. Ada yang bagi cadangan kita pergi pancing udang aje lah...! “ehhh malas lah” jawab aku pula. Ada pula yang cadang main snooker dan macam-macam lagi tapi semua tak de respond.

Akhirnya cadangan ini juga yang tarik minat... “apa kata kita pergi menurun no ekor” barang-barang hari itu ada lagi pada aku! kata yang seorang lagi. Ehhh... tak mau lah. Kau gilerr ke... nak pergi tempat keras macam tu lagi! Aku taknak aku dah serik! kata aku. Bukan tempat hari tu... dekat atas bukit ni aje dalam pencawang eletrik tu. Sambil dia menunjuk kearah pencawang eletrik yang betul-betul diatas bukit tempat warung kami melepak. Ada apa dekat atas tuh? Bukan boleh masuk ada pagar! kata aku. Ahhh.. itu korang jangan risau malam ini Ayob jadi pak guard... katanya lagi.

Ok lah kalau macam tu! Ada lampu terang benderang apa nak takut! kata aku pula. Yang lain-lain menganguk-angguk kepala tanda setuju. Korang tunggu sini aku balik kejap pergi ambil barang tu! katanya lagi.

Tak tahulah kenapa pula kali ini kami begitu bersemangat dan berani untuk melakukanya kembali. Sedikitpun tidak ada perasaan takut dalam diri kami. Mungkin juga tempat itu hanyalah berupa pencawang eletrik dan terang benderang pula. Atau pun mungkin anggapan kami ketika itu ianya hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang.

Jam menunjukan pukul 12.30 malam. Pak Sudin tuan punya warung sudah mula berkemas hendak menutup warungnya. Setelah selesai, tinggal kami berempat yang masih duduk lagi di meja warung tersebut dalam keadaan bergelapan. Lebih kurang setengah jam kemudian kami pun bergerak ke tempat yang dimaksudkan.

Dengan hanya berjalan kaki kami menyusuri bukit tersebut. Kami terus saja kepintu pagar utama. Memang sudah sedia menunggu si Ayob pak guard. Sambil membuka pintu pagar dia berkata... korang jangan sentuh apa-apa tau! bahaya! nanti ada yang mati keras... aku juga yang susah! katanya lagi. Sambil itu sempat juga kawan aku tadi menghulur sekotak rokok kepadanya.

Apa lagi, sesudah masuk kedalam kawasan tersebut kami bagaikan pegawai daerah datang melawat kampung. Tercangak-cangak macam orang jakun. Tempat itu berupa sebuah pencawang besar eletrik Kg. Pulau Meranti. Ia merupakan sebuah kawasan larangan yang bervoltan tinggi. Memang terlalu bahaya dan berisiko tinggi. Aku lihat sekeliling tempat itu dipenuhi dengan kabel-kabel eletrik dan sub-station eletrik yang besar. Aku sendiri tak pernah melihatnya sebelum ini.

Kami terus saja merayau-rayau tercari-cari kawasan yang sesuai. Puas juga kami tercari-cari manakah tempat yang sesuai. Aku lihat jam menunjukkan pukul 1.15 minit pagi. Akhirnya lokasi kami sudah dikenal pasti iaitu disatu sudut yang agak gelap dan sunyi. Berbekalkan pengalaman yang kami ada ketika bersama Aman di kuil hindu tempoh hari kami pun mulakan aksi kami. Kali ini kami begitu gelojoh dan rakus untuk melakukannya. Masing-masing nak buat... masing-masing nak tunjuk skill. Akhirnya kami ambil keputusan lakukan bersama-sama.

First kami nyalakan lilin. Kemudian colok sembahyang hindu dinyalakan pula. Sejurus dinyalakan semerbaklah bau colok hindu disekitar kawasan tersebut. Akhir sekali kertas yang ditulis dengan angka 0 hingga 9 setiap satu digulung kemas kemudian dimasukkan kedalam tin susu.

Maka bermula lah apisod yang dinanti-nantikan mengoncang-goncangkan tin tersebut. Peraturannya mudah saja. No mana yang jatuh dulu itulah digit pertama (no pertama). Kemudian no tadi dimasukkan kembali kedalam tin dan begitulah seterusnya hingga ke no digit yang keempat.

Terasa seronok pula kami bagaikan bermain buah dadu. Berebut-rebut masing-masing nak buat masing-masing nak goncang tin. Akhirnya kami mengoncangkan tin tersebut secara bergilir-gilir sampailah kegiliran aku yang terakhir.

Setelah kami selesai memperolehi no yang keempat tiba-tiba saja lighter alladin yang kami letakkan berhampiran lilin meletup secara tiba-tiba mengakibatkan kami tergamam seketika. Rasa pelik juga masakan ianya boleh meletup begitu saja. Kami mula saling pandang-memandang antara satu dengan lain. Ahhh... tak ada apa-apalah! Lighter tu panas kot... dekat sangat dengan lilin! mestilah meletup... kata seorang dari kami. Lantas kami meneruskan kerja kami kembali.

Setelah selesai kamipun perlahan-lahan beredar keluar dari kawasan pencawang eletrik tersebut. Sambil melepasi pintu pagar utama sempat juga ayob berkata... ooii jangan lupa aku kalau kena 10%! Kami tersenyum sambil kata... ok Yob! no problem.

Beberapa mini kemudian kami pun sampai diwarung tadi. Nombor yang diperolehi dicatat dan di agih-agihkan. Sehabis saja kami menghabiskan sebatang rokok, matapun udah ngantuk kami ambil keputusan balik kerumah masing-masing. “Maaf... yaaa... kalau tanya balik no yang kami perolehi malam tu memang aku tak ingat beb... sebab kejadian tersebut udah berbelas tahun lamanya”

Hari sabtu macam biasa lokasi persinggahan yang pertama adalah kedai nombor. Kali ini aku sudah rasa bosan dan tidak yakin dengan no yang aku perolehi malam tadi. Ataupun mungkin ada perasaan tamak dalam diri aku. Ya... lah aku baru saja tertipu oleh bomoh ekor selang beberapa minggu yang lalu. Tambahan pula kalau nak dikira dah beratus hengget duit aku habis beli no ekor. Kali ini aku ambil keputusan untuk memusingkan no tersebut secara menyonsang. Keputusan aku muktamat. Jadi sebab tak yakin aku cuma beli 2 big 2 small.

Keesokan harinya hari ahad... woiii kau beli tak no! Kenapa? jawab aku. No kita naik street...laaa... tapi Starters! Alamak betul ke... bukan rezeki aku! Aku tak beli! jawab aku. Timbul pula rasa kesal dalam hati ketika itu. Kawan-kawan yang lain semua merasa dua atau empat ratus seorang. Sebab kalau kita beli satu ringgit dapat satu ratus kalau dua ringgit dua ratus. Kalau beli lebih, lebih lah diorang dapat. Macam tu lah lebih kurang aku tak berapa pasti. Yang nyata seumur hidup aku tak pernah sekalipun menang no ekor!

PS: Aku memang dah serik!

Khamis, 13 Ogos 2009

Tak Serik-Serik...

Kejadian sebenar yang aku alami sendiri di tapak kuil lama hindu tempoh hari masih lagi menghantui fikiran. Hinggakan di minggu berikutnya adakala aku bermimpi yang aneh-aneh.

Mak aku kata pula sejak kebelakangan aku sering sangat meracau-racau tidor malam. Ahh... itu semua mainan tidur masakan ada penunggu!... dalam hati aku berkata.

Dua minggu selepas itu seperti biasa kami melepak di kedai kopi yang sama. Kebetulan Aman pun ada disitu. Bila dah berkumpul biasalah macam-macam program yang ada. Macam tak serik-serik pula kami tak ada benda lain yang nak dibualkan. Apa lagi pastinya pasal nombor ekorlah!

Menurut cerita dari kawan aku dia kenal seorang bomoh yang tinggal di Kg. Pasir di Petaling Jaya. Menurutnya lagi bomoh ni pandai menurun no ekor. Ramai juga orang yang datang tak balik dengan tangan kosong. Ada yang berpuluh ribu dan ada yang beratus ribu dah menang. Tapi dengan syarat mesti yakin dan patuh dengan apa jua syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurutnya lagi orang yang datang dikenakan pengeras sebanyak 11.15 sen tiap seorang disamping sedikit pulut kuning. Lebih bagusnya lagi sekirannya kita ada barang-barang purba lama berupa senjata seperti keris, pedang, setrika (ion), duit siling dan apa saja barang purba yang boleh dipuja. Lebih mujarab lagi kalau ada senjata purba yang ternyata sudah makan darah.

Mulanya bila ingat pasal puja memuja memanglah terkeluar dari akidah sebenar tapi bila fikir pasal duit maka lupalah yang mana haram yang mana halal. Keesokan malamnya kami berlima pergi ke rumah bomoh tersebut. Setibanya di sana kami terpaksa menunggu di luar sebab sudah ada pelanggan yang datang lebih awal dari kami. Lebih kurang setengah jam kami menunggu kami pun di pelawa naik.

Kelihatan didalam rumah bomoh tersebut agak kelam dan samar-samar. Tidak ada lampu dinyalakan yang ada cuma sinaran lilin sahaja. Kami dipersilakan duduk. Amanlah yang menjadi orang perantaraan kami kerana dia yang lebih tua malahan dia yang lebih arif dalam soal ini. Setelah hajat dan niat di persembahkan dan segala syarat di persetujui maka bomoh tersebut memulakan kerjannya.

Apa yang aku dapat perhatikan didepannya kelihatan ada beberapa lipatan kain kuning dan sebilah keris panjang. Setelah keminyan dinyalakan dia membaca sesuatu sambil mencabut keris dari sarungnya lalu mengasapkannya berkali-kali pada asap keminyan tersebut. Kemudian keris tersebut diperah dengan air limau nipis yang sudah dijampi. Selepas itu bilah keris tadi di balut pula dengan kain kuning. Beberapa minit kemudian balutan kain kuning tadi dibuka perlahan-lahan.

Kemudian dia menunjukkan kepada Aman satu lorekan berupa tulisan yang tidak berapa jelas pada bilah keris tersebut. Dia berbisik perlahan dan menunjukan sesuatu pada Aman. Sesekali kelihatan Aman menganguk-angukkan kepalanya. Kami berempat hanya tertumpu saja pada kelaku bomoh tadi. Cuma aman yang ditanya soal oleh bomoh tadi. Jadi apa pun sekali yang dicakap atau diberikan oleh bomoh tadi Aman saja yang tahu.

Selesai sudah hajat kami, lalu kami pun beradar dari rumah bomoh tersebut. Setibanya kami dikampung Aman menerangkan pada kami no apa yang diberi tadi. Kami diberitahu no tersebut tidak boleh dipusing-pusingkan digitnya dan tidak boleh diberi kepada orang lain selain kami berlima. Itulah pantang larangnya.

Kebetualan keesokan harinya hari sabtu memang ada jual no ekor. Aku bergegas ke kedai ekor. Dengan perasaan berharap akan menang ekor aku beli 5 big 5 small. Berangan tak sudah aku malam itu. Kalau naik... nak beli motor besar! nak beli itu! nak beli ini macam-macam lagilah...!

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba hari ahad. Masing masing menunggu dengan penuh debaran lebih-lebih lagi aku. Ruangan akhbar yang pertama dicari second last page ruangan “no magnum”.

Hasilnya...HAMPEH!!!... No pangkalnya ada tapi yang lagi tiga langsung tak masuk! Udahlah dah agak dah... Jangan percaya sangat benda-benda karut ni!

keris lama ini antara kesukaan kaki2 nombor

juga barang2 purba lama ni... sanggup di cari keceruk mana pun...

P/s : aku memang tak serik2... tunggu sambungan cerita ni lagi...

Rabu, 12 Ogos 2009

Jangan jadi meLAAYUU... (Kejadian 1/8/2009)

Apa itu ISA? Aku sendiri kurang pasti. Setahu aku ISA tempat tahanan orang salah. Bila baca dalam internet orang kata ISA kejam dan zalim. Dibawah akta ISA tahanan tanpa dibicarakan dimahkamah tanpa boleh dipersoalkan. Lebih teruk lagi tahanan diseksa tanpa belas macam haiwan. Apapun sekali kebenarannya aku tak pasti. Yang pasti aku tak mahu campur.

Bagi aku siapa pun kerajaan yang memerintah kita kena patuh. Apa guna nak lawan kerajaan? Kita di Malaysia amat beruntung masih punya tempat tinggal untuk berteduh. Ekonomi boleh dikatakan stabil yang penting rakyat tidak kebulur. Masih ada tempat untuk kita bekerja. Negara tak hura-hara. Aman tenteram dan aman damai. Saling menghormati semua bangsa yang ada. Malahan kita boleh kemana saja tanpa sekatan tanpa ganguan. Bukan kah elok begitu?

Tapi... kenapa nak lawan kerajaan?

Mereka kata soal politik! politik wang! gila kuasa! dan macam-macam lagi.
Apa yang kita tahu pasal politik? Apa yang kita faham pasal politik?
.... udah tahu tak boleh menang kenapa mesti lawan! kan cari penyakit nama tu!

Bukankah kita ini yang bukan dari golongan politik hanya mengikut telunjuk sahaja! Jadi pak turut saja! Kalau tak ikut kita hendak ikut siapa? Siapa lagi yang boleh kita harap? Siapa pula yang boleh kita percaya?

Kejadian 1hb Ogos 2009 protest ISA...

Apa pula yang diprotest terpekik terlolong tengah panas sampai sanggup bawa anak kecil bawa anak bini. Segala macam melaaayuuu yang ada yang tua, yang muda, yang kecil yang berkopia yang bertudung yang berlilit sarban dan yang berjubah mak haji pak haji pun ada sama.

Kalau kita sebagai rakyat tidak mengancam keselamatan negara dan tidak mengugat kestabilan negara apa yang nak di takutkan dengan ISA?

Mereka kata... mesti ikut kata sifu memperjuangkan hak... menegakkan kebebenaran...
Harus bantah ISA. Apa kebenda yang nak bantah? Apa kebenda yang nak di ditegakkan?

Dihari kejadian dimana toloh-tokoh politik yang bergelar sifu yang menjadi dalang menganjurkan perhimpunan tersebut? Mengapa hanya kalihatan seketika/sekejap sahaja? Bila berlaku rusuhan dan ada tangkapan dimana mereka ketika dan selepas itu? Siapa yang jadi mangsa?

Dimana sifu mereka?

Mereka bersembunyi dibilik berhawa dingin memerhati dan mendengar sahaja dari jauh. Akibatnya yang kena belasah yang kena dakwa yang lari lintang pukang, adalah kita orang awam bangsa melaaayuuu yang tiada kepentinggan langsung dalam politik. Yang tidak tahu langsung apa akibatnya. Yang hanya mengikut

Mengapa tidak mereka-mereka ini dalang-dalang itu sendiri yang melakukanya sendiri tanpa bantuan orang awam. Mengapa pula mesti harus diadakan perhimpunan haram. Bukankah lebih mudah untuk menyerahkan “memorandum bantahan” ke Istana Negara boleh dilakukan oleh individu-individu itu sendiri dengan menaiki kereta mewah yang berhawa dingin. Mengapa pula mengharapkan bantuan berpuluh ribu penyokong yang terpaksa berpanas dan berhujan.

Tapi melaaayuuu sekarang suka terpekik terlolong dijalanan...

Ayuh kita ramai-ramai kita laungkan... protest ISA!... protest ISA! Inilah kepandaian orang kita orang melaaayuuu sekarang. Bukan MELAYU dulu. Kenapa jadi melaaayuuu macam ini? Di masa zaman Tunku dulu tak pula begini! Masa tu orang melaaayuuu adalah MELAYU tulen! Melayu sejati! MELAYU sebenar! Tidak berpecah belah. Bersatu hati. Tak lawan kerajaan. Tak lawan bangsa sendiri. Berbeza pula melaaayuuu yang kita lihat sekarang. Kalau mashuk sokong... kalau tak mashuk tak sokong! Macam lalang condong sana... condong sini.

Tidakkah kita sedar kita sebenarnya diperbodoh-bodohkan. Kita diperalatkan. Kita diperlagakan sesama sendiri. Perhimpunan protest ISA tempoh hari. Bangsa apa yang ramai kelihatan?

Dimana bangsa lain?

Orang cina.... orang india? Mereka bertepuk tanggan. Mereka mempertawakan kita. Kata mereka “kasi melaaayuuu lawan melaaayuuu” lama-lama kita naik! Apakah muslihat mereka? Mengapa mereka tidak bersama menyertai? Apakah ISA hanya untuk orang Melaaayuuu saja?

Mengapa kita semakin ganas sesama bangsa sendiri? Mengapa bertelagah sesama sendiri? Mengapa bermusuhan sesama sendiri? Jawab lah bangsa Melaaayuuu...

Persoalannya siapa yang bijak siapa yang diperbodohkan? Siapa jadi ulat siapa pula yang diperalatkan. Yang jelas dan terbukti kita sudah lihat dengan mata kepala kita sendiri. Yang dituduh kejam adalah bangsa kita yang dituduh pengkhianat juga adalah bangsa kita sendiri.

PS: Jadilah bangsa melayu bukanya meLAAAYUUU...

Selasa, 11 Ogos 2009

Asal Usul Hantu...

Maaf yaa... kalian. Minggu nie minggu hantu. Sebelum puasa Ramadhan bermula kena cerita pasal hantu. Bila dah masuk bulan Ramadhan nanti hantu semua kena rantai kena tambat. Tak adalah pulok cerita hantu nanti! Aku memang nye kaki selongkah... nyelongkah punya nyelongkah akhirnya aku jumpa cerita hantu.

Asal usul hantu mengikut kajian...

Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Hobi yang paling digemari merempit dijalan raya. Sering juga kelihatan berpeleseran di Kota Raya. Tempat kegemaran untuk melepaskan penat lelah dan lepak-lepak pula di balai-balai raya.

Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap dan terus mati. Selepas itu dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain "aumm cak" di tepi langsir.

Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Kerja sehariannya rebus/jerang kangkung di restoran. Hari-hari kerjanya rebus/jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk besar itu. Perkataan akhirnya ialah "jerang… ...kung", jadilah Hantu Jerangkung. Mengikut cerita hobi semasa hayatnya dia amat gemar mencangkung dan main sorok-sorok dalam almari. Maka terciptalah lagu "Jerangkung Dalam Almari" nyanyian Awie!

Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki Mr. Ponthi mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak Ponthi ini kerana hodoh. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Mengikut cerita selepas 5 tahun anaknya berjaya keluar dari rumah. Orang kampung terkejut lalu menjerit-jerit berteriak "ooiii Ponthi punya anak!... Ponthi punya anak!" Maka lekatlah nama Pontianak.

Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam. Hobinya suka menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa jadi seronok pulok. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang-orang kampung. Hebohlah satu kampung “Lari... lari... Penanggal”. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan lebih-lebih lagi benda anu... tuh! punyalah happy nya dia mengilai semahunya sampai tertanggal kepalanyanya!

Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Samdol anak lelaki Dolleh. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita kaki cong lah! Dikampung Samdol memang kuat berjudi. Asal berjudi aje mesti dia yang nak cong... mesti nak cong! Orang lain tak boleh nak cong. Disekolah pula dia nie jaguh lompat kijang. Sebelum dia matipun masih sempat terlompat-lompat sambil mengecong orang-orang kampung.

Hantu Kom-Kom
Berasal dari golongan bijak IT (komputer). Macam koranglah yang suka main komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia. Disebabkan suka main komputer sampai dia mati pun di depan komputer. Kata-kata akhirnya sebelum mati adalah... "KOM-KOM" shortcut dari komputer jadi ler KOM... sahaja. Agaknya samalah macam kita yang 24 asyik mengadap komputer atau laptop! Satu lagi tabiat semulajadi dia nie pantang jumpa siapa sekali pun pasti beri salam “me... kom... me... kom!

Terima kasih... lerrr kepada penulis asal cerita "Hantu Lawak" nie sekurang-kurangnya kalau ada diantara kita yang terlalu taksub dan percayakan sesangat adanya hantu sekurang-kurangnya kita masih boleh tersenyum walaupun dalam keadaan takut!

PS: Tidak ada kena mengena samaada yang mati atau pun yang hidup!

Ahad, 9 Ogos 2009

Kerja Syirik...

Lepas spm budak kampung macam aku jadi kutu kampunglah. Lepak-lepak kedai kopi sampai tengah malam dah jadi rutin harian. Order mee goreng dengan air sirap limau segelas duduk lah berjam-jam.

Satu malam jumaat sekembali dari masjid seperti biasa kami berempat duduk melepak dikedai yang sama. Masing-masing tiada arah tuju. Sambil kami berempat borak-borak kosong dan minum-minum tiba-tiba Aman (bukan nama sebenar) mencelah “oii... budak-budak korang nak duit lebih tak?” Siapa tak nak duit... bang!!! Jawab salah seorang dari kami. Jom ikut aku! jawab Aman. Aman merupakan orang lama dikampung aku. Dia sudah pun beristeri dan kerap duduk melepak dikedai yang sama.

Tanpa memberi penjelasan terperinci dimana dan bagaimana caranya untuk cari duit aku ikut saja kemana mereka pergi. Kami berlima terus saja kesatu tempat yang aku sendiri tidak pasti. Persinggahan pertama kami ialah sebuah kedai runcit kepunyaan orang india di air hitam tin. Aku hanya menunggu diluar. Kelihatan Aman dan seorang lagi kawan ku masuk kekedai. Sejurus kemudian mereka keluar dengan satu bungkusan yang tidak diketahui kerana dibaluti dengan kertas surat khabar.

Perjalanan diteruskan kali ini kami menuju ke arah laluan estet getah yang gelap. Aku yang membonceng dibelakang bertanyakan kepada kawan yang menunggang motor “kita nak kemana nie” Akupun tak tahu ikut ajelah! jawab nya. Dalam perjalanan senyap dan sunyi yang kedengaran hanya enjin motosikal menyusuri belukar estet getah di selangi hutan-hutan kecil dan bukit-bukit.

Lebih kurang tiga puluh minit perjalanan, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Keadaan sekeliling ketika itu memang gelap. Aku lihat didepan seperti tembok dinding batu yang separuh runtuh. Aku mula rasa tak sedap hati dan bertanya perlahan-lahan pada kawan aku tadi. Kita dekat mana nie? Sssyyy... dekat sini jangan cakap benda-benda yang tak elok... kita dekat kuil lama orang india! katanya. Terus saja meremang bulu roma aku... apa tidaknya malam-malam begini pergi ketempat keras macam ini!

Apapun sekali aku sudah terjebak. Tak boleh berpatah balik. Pelahan-lahan kami masuk kedalam kawasan runtuhan kuil peninggalan lama india yang sudah roboh. Kemudian Aman yang lebih arif memulakan aksinya. Sampai disatu sudut lilin dinyalakan. Pandangan kami hanya tertumpu kearah Aman. Kemudian dia terus membuka bungkusan yang dibeli dikedai tadi. Rupa-rupanya yang di beli di kedai tadi colok india semerbak baunya bila dinyalakan. Kemudian dia mengeluarkan pula beberapa gulung kertas yang kelihatan digulung kemas lalu memasukkan kedalam tin yang kosong.

Belumpun sempat Aman meneruskan aksi seterunya tiba-tiba suasana yang mulanya sunyi sepi jadi berubah. Seperti ada sesuatu yang tak kena bunyi seperti deseran angin. Aku dapat rasakan angin mula bertiup disekitar kawasan kuil tadi. Bukan aku saja malahan kami berlima dapat rasakan. Sesekali mataku menjeling kearah kiri dan kanan. Jelas kelihatan daun-daun getah yang kering berterbanggan ditiup angin jatuh ketanah. Makin lama makin kuat. Memang jelas secara tiba-tiba saja kawasan kuil yang mulanya tadi tidak berangin jadi berangin. Lilin yang dinyalakan tadi padam beberapa kali. Tugas Aman menjadi lebih susah kerana lilin kerap terpadam. Beberapa kali aku lihat mulut Aman terkomat kamet membaca sesuatu. Akhirnya dia ambil keputusan untuk beredar saja dari situ.

Tanpa berlengah dan bertanyakan apa-apa kami berlima bergegas kemotor masing-masing dan terus beredar dari situ. Perjalanan kami yang mulanya datang ambil masa 30 minit kini bila balik hanya ambil masa 10 minit saja.

Keesokan harinya di kedai yang sama kami berempat bertanya-tanya dan berbisik-bisik sesama sendiri. Seribu pertanyaan bermain difikiran kami. Masing-masing bertanyakan apa yang terjadi di kuil india lama malam tadi? Apa yang kita nampak malam tadi? Tak siapapun yang berani nak jawab.

Mungkinkah ini penyebabnya kami meninggalkan terus kawasan tersebut?

Sebahagian dari rutuhan kuil lama Hindu.

PS: Dilarang sama sekali melakukannya! Ia adalah syirik dari segi agama!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Masih Dalam Ingatan...

Tujuan aku menyelongkah kazanah bola sepak lama ini hanyalah semata-mata nak bagi tahu pada generasi masakini dimana kedudukan bola sepak malaysia dirantau Asia khususnya satu masa dulu.

Masih lagi dalam ingatan dahulunya dizaman 70an ke 80an bila saja ada perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia ataupun Selangor aku pasti tidak ketinggalan. Yang nyata aku pasti ke Stadium Merdeka walaupun hujan ataupun ribut sekalipun. Untuk aku kesana bukanlah jadi satu penghalang kerana aku mempunyai kawan sekampung Nazaruddin yang sering mempelawa aku pergi bersamanya. Disatu masa kami berdua sanggup memanjat tembok stadium yang setinggi 20 kaki kerana kehabisan tiket. Asalkan perlawanan yang membabitkan Malaysia atau Selangor mesti di tonton.

Era 70an dan 80an kita digeruni di rantau Asia. Sebut saja Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh, Arumugam. Khalid Ali, James Wong, Hassan Sani, Bakri Ibni, Shukor Salleh, Jamal Nasir, Redzuan dan ramai lagi pasti mereka gerun. Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Kuwait dan sebagainya pasti gerun dan takut kalau bertemu pasukan Malaysia.

Kalau diingat kembali keputusan-keputusan perlawanan kebanyakannya banyak yang memihak kepada Malaysia. Bagi aku sekutu utama kita masa itu ada lah Korea Selatan berbanding Jepun.
Pasukan Jepun mudah untuk kita kalahkan berbanding Korea Selatan. Aku juga pernah saksikan Malaysia membelash Indonesia 6-0 di kejohanan pesta bola mendeka satu ketika dahulu.

Khas untuk kaki bola.... disini sempat aku selongkah keratan-keratan akhbar lama untuk sekadar ingatan bersama. Sama-sama kita saksikan....

Skuad kebangsaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia satu masa dahulu menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku di kem latihan Bukit Freaser dua hari sebelum perlawanan menentang Korea Selatan pada kelayakan Pra-Olympic Final di Stadium Merdeka pada (4 April 1980).

Kesebelasan utama pasukan Malaysia berbaris sebelum perlawanan bermula (6 April 1980). Tidak kelihatan di barisan Mokhtar Dahari kerana cedera.

Aksi tandukan terbang dari penyerang lincah Hassan Sani yang menghasilkan jaringan penyamaan ketika bertemu Korea Selatan.

Hero perlawanan James Wong yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 keatas Korea Selatan di kerumuni pemain-pemain setelah wisel penamat dibunyikan.

Kelihantan Soh Chin Aun, Khalid Ali dan kesebelasan utama pasukan Malaysia diberi penghormatan mengadap orang kenamaan dipentas diraja serta diberi ucap tahniah diatas kejayaan mengalahkan Korea Selatan sekaligus layak ke Pra-Olympic Moscow 1980 (Apapun kita memboikot atas sebab Russia-Afhganistan)

PS: Boleh ke budak-budak sekarang main bola macam budak dulu-dulu?

Khamis, 6 Ogos 2009

Samseng Jalan Raya

Pengalaman orang lain yang secara tak langsung mengajar aku supaya banyak-banyak bersabar bila memandu dijalan raya. Aku sendiri pernah mengalaminya pernah jadi mangsa buli ataupun aku sendiri pernah juga membuli orang lain (jadi samseng jalan raya).

Sama-sama kita saksikan....

Satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang yang di harapkan. Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian, lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan kerana digunakan oleh banyak kenderaan. Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan dilakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blah...lah!” seperti menunjukkan gaya lagak samseng. Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka.

Pemandu kereta berkenaan mula memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j. Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba.

Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini. Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut, kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri (flyover menuju ke Larkin) dan bergerak sikit2 ke kiri.

Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga (Mungkin untuk terus mengganggu saya dan berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu). Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya. Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan.

Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut “Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537, segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ, sekurang-kurangnya anda akan disaman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian (Isteri dan ibu mertua) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.

Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan. Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame” biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta.

Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman. Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun, bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya. Berhemah dijalan raya, amalan hidup kita.

Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri melalui handphone semasa kejadian sedang berlangsung…

Rakaman kereta KIA SPECTRA. No. Pendaftaran JHU 6537.

Anda boleh lihat sebuah lori berwarna putih sedang memasuki lorong kanan kerana di kanan tiada apa-apa halangan di hadapan kereta JHU tersebut. Ketika kejadian kenderaan di lorong kiri lebih laju dari kanan. Bayangkan lori lebih laju dari Kia Spectra..

Rakaman ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat. Ketika ini tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j.

Rakaman ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat. (Perlu di ingat tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j). Kereta tersebut mula memecut. Dari gambar yang dirakamkan anda boleh lihat di hadapan kereta tersebut tiada kereta yang menghalang laluan dihadapan.

Dari pengalaman tersebut apakah sebenarnya pemandu tersebut hendak tunjukkan? Adakah mereka puas atau kuat atau handal atau mereka kaki gaduh atau mereka samseng. Tahukah mereka ada sesetengah mangsa buli yang jadi mangsa akan menyumpah dan mendoakan agar kecelakaan akan menimpa mereka kelak. Kalau ikutkan hati rasanya itulah yang sebaik-baiknya.

Ditulis pada 19/07/2009

PS: Mangsa Buli VS Kaki Membuli.

Selasa, 4 Ogos 2009

Mimpi Ngeri...

Hari tu memang sesak gilerr. Orang yang menunggu punya lah ramai cuaca pulak panas terik. Tekak pulak haus sesangat. Sebelum bas sampai aku ambil kesempatan balun sekurang-kurangnya 3 bungkus air. Mula-mula air tebu, lepas tu air kelapa. Bila dah nak naik bas, siap bungkus lagi air soya buat bekalan dalam perjalanan.

Macam biasa aku kena elert bila bas sampai. Mata harus tajam dan deria telinga harus peka. Tak lama kemudian terdengar master conductor menjerit “Puchong! Puchong!”. Jelas terpampang no 555 masuk ke platform yang kosong. Aku dan penumpang yang lain berkejaran kearah pintu kecemasan. Nasib aku agak baik kerana pintu kecemasan tidak berkunci. Agak berbaloi usaha aku sebab dapat tempat duduk sebelah tepi. Kalau beratur ikut pintu depan belum tentu dapat duduk.

Perjalanan memang jauh. Dari Bas Stand Klang KL ke Puchong Bt 14. Kebiasaannya kalau dikira ambil masa 1 jam 45 minit lamanya. Sudah dua puluh minit perjalanan berlalu. Dalam perjalanan pulak agak membosankan. Aku cuba-cuba layan bosan dengan baca buku. Langsung tak membantu.

Dah lah bas tak ada air cond cuaca pulak agak panas. Penumpang memang penuh memaksa aku buka tingkap seluas-luasnya. Dari deruman enjin disamping dibuai angin panas-panas sejuk memaksa aku terlelap seketika. Makin laju perjalanan semakin lagi aku dibuai angin yang membuat aku bertambah layu dan terus layu. Sesekali kedengaran sayup-sayup suara yang semakin lama semakin hilang dari pendengaran. Akhirnya terus hilang dan aku terlena.

Dimanakah dentinasi aku ketika ini? Aku sendiri pun tak tahu. Mungkinkah sudah melepasi Jalan Brickfiels atau sudah pun memasuki Jalan Kelang Lama? Kalau betul bermakna aku sudah pun melepasi separuh perjalanan...

Deruman enjin semakin lama semakin kuat. Angin pula bertambah kencang hingga menyesakkan nafas lalu memaksa aku bangun menutup kembali tinggkap yang terbuka luas. Itu menandakan aku sudah memasuki jalan Puchong yang agak lurus. Perjalanan aku sudah hampir ke destinasinya. Tiba-tiba aku rasa tidak selesa nak terkencing sangat. Kesakitannya sudah sampai ke uri hati. Aku terkepit-kepit menahan kesakitan. Tak tertahan rasanya. Mungkin juga terlalu banyak minum air tadi.

Mujurlah aku sudah hampir sampai. Makin diingat-ingat makin menjadi-jadi sakitnya. Cuma tinggal lebih kurang 500 meter jauhnya lagi. Aku harus bertahan. Sampai saja di perhentian terakhir Pekan Bt. 14 Puchong belum pun sempat bas berhenti aku terus saja terjun dari bas. Dalam keadan terkepit-kepit bergegas aku ke arah tandas. Tak sempatpun aku habis membuka zip seluar... akhirnya... aahhhh leganya aku!

Seketika... dalam keadaan aku yang mamai-mamai terjaga seketika dari lenaan tidur. Rupa-rupanya aku dikejutkan oleh master conductor yang meminta tiket untuk diperiksa. Dalam keaadaan yang masih mamai-mamai aku sempat berikan tiket kepadanya. Sejurus kemudian aku cuba untuk melelapkan mata kembali. Tapi aku rasa tidak selesa. Tempat duduk aku terasa panas dan basah. Masakan hari hujan cuaca pula panas! Bila aku rasa bahagian punggung dengan tangan memang pun basah kuyup.

Cisss... bedebah betul! Rupa-rupanya aku mimpi terkencing dalam seluar! Sebetulnya aku masih dalam perjalanan belum lagi sampai kedestinasi sebenar. Mujurlah tiada penumpang disebelah. Dah lah seluar uniform sekolah warnanya hijau. Bertambah teranglah kawasan yang terbabit jelas kelihatan.

Setibanya aku di bas stop terakhir Pekan Bt. 14 Puchong aku terpaksa tunggu hingga semua penumpang habis turun. Hampir setengah jam lamanya aku masih lagi duduk dikerusi belakang bas tersebut. Mujur juga ada standby short sukan dalam beg sekolah.

PS: Beringat sebelum perjalanan! Buang dulu apa yang patut!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Keliwon 70's...

Polong atau Penanggal. Percaya atau tidak wujudnya makhluk ini terpulanglah pada masing-masing yang punya diri.

Ketika umurku 7 tahun macam-macam cerita seram yang aku dengar dari mulut orang kampung. Tambahan pula rumah kediaman ku memang berdekatan dengan tanah perkuburan kg. pulau sebok.

Setiap perjalanan samaada hendak kesurau ataupun kekedai ataupun kerumah jiran kalau berjalan kaki akan melalui kawasan yang memang banyak pokok-pokok hutan yang tinggi-tinggi disekeliling nya. Selainnya pula pokok-pokok getah yang subur menghijau.

Dikampung aku berlaku satu peristiwa pelik tapi memang benar. Dah jadi kemestian kalau ada seorang saja orang kampung yang meninggal ia akan berturutan sampai 7 orang. Maksudnya jika seseorang meninggal ianya akan berturutan sehingga 7 orang baru selesai. Pelik juga manakan kita boleh tahu siapa yang akan meninggal pada keesokan atau seterusnya? Apapun sekali itu kuasa tuhan.

Mengikut cerita setiap kali kalau ada orang perempuan yang hendak bersalin akan kelihatan makhluk seperti berkepala munusia bercahaya kemerah-merahan dengan tali perutnya berjurai-jurai terbang bagaikan bebola api mencari mangsanya. Kebiasaannya arah tujunya ialah rumah orang perempuan yang akan bersalin. Kebiasaannya dikampung khidmat bidan kampung amat diperlukan. Bidan kampung ini pula bukannya calang-calang orangnya. Pasti ada pemakainya.

Pengalaman dikampung dulunya aku pernah terlihat dibawah rumah orang yang bakal/hendak bersalin kelihatan sesuatu benda kelihatan seperti ranting-ranting hijau yang berduri diletakkan. Aku sendiri tertanya-tanya apakah sebabnya. Menurut penjelasan dari emak ianya bertujuaan menghalau atau manghalang dari hantu polong atau penanggal datang menganggu.

Menurut ceritanya lagi kebiasaannya polong atau penanggal akan datang menhisap darah kotor orang perempuan yang sedang bersalin. Maka sebab itu duri digunakan. Sekiranya ada kehadiran makhluk seperti polong atau penanggal, tali perutnya yang berjurai-jurai itu akan tersangkut diduri yang diletakkan ditempat-tempat yang tertentu. Selain dari itu khidmat dari orang-orang pakar seperti bomoh atau dukun juga diperlukan.

Sehingga kini kalau aku balik kampung masih ada lagi terdengar cerita-cerita seperti dari mak aku pasal hantu polong atau penanggal ini. Biasalah mak aku extreme sangat dengan cerita-cerita semacam ini. Bagi aku wallahua'allam... aku sendiri belum alami atau terlihat benda-benda yang seperti ini.

PS: Percaya atau tidak?...

Jumaat, 31 Julai 2009

Orang tua kesepian...

Dulu-dulunya pantang aje kalau kita hendak bergerak mesti diorang melonjak-lonjak, menjerit menjerit “nak ikut!... nak ikut!” Mesti seronok, kalau berkereta sentiasa penuh riuh rendah dengan kerenah anak-anak. Kalau bermotor pula mesti macam motor sarkas semua nak ikut semua nak naik.

Tiap kali keluar jalan-jalan atau kemana saja pun dalam poket mestilah kena standby duit. Dah tentu-tentu kena paw punya bila singgah kedai nanti.

Bila nak tidor mesti tunggu sarang balik. Nak tidor sama-sama. Mesti nak tepok-tepok sampai lelap. Bagi anak-anak aku tak seorang dari mereka terlepas dari pengalaman sedemikian dulu-dulunya.

Anak-anak adalah punca rezeki. Aku dan isteri tak pernah rasa kesunyian walau sesaatpun. Walaupun sesekali kelaku dan kenakalan mereka kekadang mengundang kemarahan namun bagi kami itu melambangkan kemeseraan dan kasih sayang bagi kami sekeluarga.

Bila umur dah nak hampir mencecah 50's dan anak-anak pula dah meningkat dewasa segalanya berubah sekelip mata. Hakikatnya aku kena akur aku kena faham. Mereka dahpun dewasa. Sudah ada perasaan malu dan segan terhadap kawan-kawan sebaya.

Kalau dulunya kemana saja dan dimana saja pergi aku mesti berpegang tangan dengan anak-anak. Duduk pula mesti nak berpangku-pangku macam anak kecil. Segala-galanya kehendak aku bukan kehendak mereka. Aku yang memanjakan sangat mereka. Kini tibalah masa aku kena terima hakikat. Bagi mereka sudah tidak selesa lagi ayah memperlakukan mereka seperti anak-anak kecil seperti dulu-dulu. Sebab mereka sudah cukup dewasa.

Tambahan pula isteri aku kata, aku sudah tidak boleh lagi pelok anak-anak yang dah dewasa. Aku tidak boleh tidor lagi dengan anak-anak seperti dulu. Difikirkan balik ye lah memang betul. Memang tak manis anak dah besar. Tapi masih berkepit tidor dengan anak. Mungkin aku sudah terbiasa dari dulu agaknya.

Oklah... ayah mengalah dan ayah faham... nanti lama-lama ayah mesti tak ambil hati tak kecil hati. Pergi aja lah tidor dengan kakak... ayah tak kesah.

Tentu anak-anak berkata dalam hati mengada-ngada betul lah orang tua ni! Dah tua-tua lagi nak manja-manja dengan anak-anak. Betul juga kata mereka tu.

Nasib baiklah ada ibu tempat ayah mengomel-gomel dan manja-manja!
Kalau tak... ???

PS: Aku kena terima hakikat.

Khamis, 30 Julai 2009

Geng Maksiat (Dimana JAIS)

Apa lagi yang harus aku lakukan. Aduan sudah dibuat kepada mereka yang berwajib (JAIS). Dah hampir nak masuk dua bulan aduan salah laku khalwat tiada apa-apa tindakan susulan yang dibuat oleh mereka. Setahu aku barang siapa yang mengetahui dengan terangnya adan salah laku khalwat berlaku ditempat mereka maka orang itu boleh dianggap bersubahat.

Laporan sudah dibuat. Di Shah Alam (HQ) dan di Ampang (kawasan terlibat). Segala maklumat terperinci sudah diberi apa lagi yang nak ditunggu. Mengapa serbuan tidak dilakukan. Nak tunggu sampai anak dara orang bunting baru serbu. Persoalanya sekarang dimanakah penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS)? Dimana pegawai-pegawai pencegah maksiat yang bergelar Ustaz A... dimana Ustaz B... yang diharap-harapkan dan yang dipertanggung-jawabkan.

Dimana lagi harus aku megadu? Adakah di jabatan parit dan tali air? atau rumah anak-anak yatim?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dimana ketulusan perkhidmatan anda? Yang diamanatkan? Berkali-kali panggilan sudah dibuat. Susah pulak nak dapat line. Bila dah dapat line passing sana passing sini aku ni macam orang mintak sedekah pulak.

Kepada mereka-mereka yang berwajib. Anda dipertanggung jawabkan melakukan tugas sedemikain. Kerja yang elok dari segi agama islam ini mengapa ditangguh-tanguhkan. Janganlah nak tunggu kami pemberi maklumat buat panggilan berkali-kali baru nak buat kerja!.... Ibarat “kena ketok kepala baru boleh jalan”!... Itukan bodoh namanya...

PS: Lembu/kerbau pun tak payah “ketok” dah pandai masuk kandang sendiri!

Sabtu, 18 Julai 2009

Makan Hati...

Alhamdullillah... syukur umur dah menjangkau 40++ kesihatan aku buat masa kini boleh dikatakan sihat. So far belum lagi ada tanda-tanda darah tinggi, lemah jantung, kencing manis atau penyakit-penyakit kronik yang boleh dianggap merbahaya. Kalau sakit macam demam, pening, sakit perut ceret beret itu biasalah. Bab membaca ada problem sikit. Kureng nampaklah kalau dekat-dekat maklumlah dah 40++ nih!

Insyaallah... mudah-mudahan kita dijauhi dari sebarang penyakit merbahaya yang disebut diatas. Sebut pasal penyakit bagi aku yang paling bahaya sekali penyakit "Makan Hati". Tiada ubat dan tiada penawar. Kerap berlaku di kalanggan ahli-ahli keluarga terdekat. Antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak atau adik beradik sendiri. Sering dijangkiti apabila kita berada disituasi serba salah bak kata perpatah "Diluah Mati Emak Ditelan Mati Bapak"

Cerita isteri yang terlalu sayangkan suami. Sanggup lakukan apa saja walaupun dia tahu suami berlaku curang terhadapnya. Ada kalanya suami sanggup berlaku kejam sanggup memukul isteri dan sebagainya tanpa belas kasihan. Walau sekalipun diperlakukan begitu, si isteri tetap setia dan sabar. Bertapa beruntung suami yang mempunyai isteri yang sedemikain.

Kalau dilihat secara zahirnya akibat dari perbuatan suami terhadap isteri akan terdapat kesan-kesan lebam akibat pergelutan atau deraan dan sebagainya pada anggota badan si isteri. Ianya boleh diubati dengan perubatan moden masa kini atau kesan lebam akan pulih dengan sendirinya dikemudian hari. Walaupun sekali diperlakukan sebegitu isteri sanggup merahsiakan perbuatan suami dari umum. Semata-mata terlalu sayangkan suami.

Secara batinnya pula isteri akan menanggung derita yang tak teramat sangat. Tidak berdaya melawan cakap suami. Menurut apa saja kata suami. Tak mampu menyatakan kesalahan suami walaupun sekali ternyata suami terang-terang bersalah. Akibatnya isteri akan menderita menanggung penyakit "makan hati" seumur hidupnya. Segala perasaan terbuku didalam hati. Dipendam hingga membawa mati. Bertapa kejamnya sisuami yang memperlakukan isteri sedemikian rupa.

Bagi seseorang yang makan hati, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa walaupun sekali dia berpeluang untuk menyatakan kebenaranya. Tidak berani sama sekali menyatakan itu bukan kemahuannya. Sanggup menanggung beban walaupun sekali dia terpaksa menderita. Ada juga kita lihat isteri cari nafkah suami duduk dirumah.

Sering terperangkap dalam perasaan serba salah. Lebih menyedihkan lagi dia sanggup menafikan dari umum akan kesalahan pasangannya. Kalau tidak dituruti atau membantah isteri akan ditinggalkan suami. Dan yang lebih buruk lagi penceraian akan berlaku.

"Makan Hati" bukan saja sering berlaku pada isteri, malahan ianya juga berlaku terhadap suami. Isteri yang terlalu mengongkong suami. Isteri yang memperalatkan suami. Isteri yang selalu memperbodoh-bodohkan suami. Isteri yang bermain kayu tiga dan bermacam-macam lagi yang pernah kita lihat dimasa kini.

Begitulah bertapa kejamnya penyakit "Makan Hati" yang dimaksudkan. Kalaulah diberi pilihan ada lebih baiknya kita menghidap penyakit-penyakit kronik yang biasa kita dengar dari menanggung derita penyakit "makan hati". Terpulang kepada masing-masing untuk menilainya.

PS : Makan Hati vs Soup Ekor yang mana Sedap?

Isnin, 13 Julai 2009

Anak...

Wahai insan bernama anak. Tolonglah kami... bantulah kami
Tak layak kah kami bergelar ibu dan ayah... gagal kah kami mendidik kamu
Apa salah kami. Apa dosa kami. Kami dipersimpanggan... kami jadi buntu
Ya Tuhanku... ampunilah dosa kami. Ya Tuhanku... bantulah kami

Tiada yang suci tiada yang mulia dari insan bernama anak
Ditatang dibelai bagai minyak yang penuh sejak bila engkau dilahirkan
Dikucup sayang dibelai manja tanpa waktu tanpa batasan
Kasihnya ibu dan ayah tak berbelah bagi

Ketahuilah wahai insan bernama anak
Sedihnya hati ibu dan ayah. Apapun juga dipinta oleh mu tidak tercapai
Kalau termampu apa salahnya sedikit sebanyak kami usahakan
Begitulah kasihnya ibu dan ayah padamu wahai insan bernama anak

Wahai insan bernama anak
Kau lah segalanya kau lah harapan
Sakitnya kamu sakit juga lah kami
Percayalah... tak siapapun boleh menyakitimu

Wahai insan bernama anak
Kami rindukan gelak tawamu. Kami rindukan gurau senda mu
Senyumlah ketawalah buat seketika walaupun terpaksa
hiburkanlah hati ibu dan ayah

Wahai insan bernama anak
Dengarlah keluhan dengarlah nasihat
Hati kecil ibu dan ayah sering menangis
Terkenangkan nasib di kemudian hari

Wahai insan bernama anak
Ampunkan ibu ampunkan ayah
Ditakdirkan kami pergi jua kelak
Kami ampunkan anak-anak kami

PS: Doa ibu dan ayah untuk insan bernama anak

Jumaat, 10 Julai 2009

GREEN LIGHT...

Menyelongkah dan menyelinap lagi keja aku... akhir nya yang ini juga aku jumpa dan tertarik!
Sama-sama kita hayati kisahnya...

Aku sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri aku sering mewar-warkan kepada aku bahawa umur aku dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. “Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinka”, kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok gileerr. Tersengih-sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik agaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikah lagi satu. Tapi bini aku pula siap suruh pasang sorang lagi!

Tak tahulah kalau isteri aku main reverse psikologi. Tapi lepas aku berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah pulak. Sebab bila mengenangkan umur aku yang dah 40++. Let's say kalau aku kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Mmmm... memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat “dalam seluar dalam” tu aje lah. Tapi soal tentang makan minum, pakaian, kemas rumah dan kegemaran aku, rasa nya my first wife still no one!

Tak perlu nak ajar, aku suka makan apa, suka masakan apa, baju kesukaan aku. Kalau aku bangun tidur aku suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya. Tak perlu aku beri tahu. Dia dah tahu apa yang aku suka. Cerita apa aku suka tonton, minuman aku manis macam mana, hobi kesukaan aku, sukan kegemaran pendek kata semua dia dah tahu. Tak perlu nak start balik macam zaman umur 20-an dulu-dulu.

Rasa-rasanya dapat ke isteri muda aku buat gitu? Tentu dia banyak ragam nanti. Ye lah dia kan muda, aku pula dah tua. Mesti dia kata aku ni mengada-ngada. Sure aku yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Kalau tak ikutkan silap haribulan takut lari pulak isteri muda aku tu.

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak late 20's zaman sekarang, dengan handbeg Gucci, nak tudung kain Mawi dan hanphone jenama Nokia N98. Itu tak termasuk kereta, paling-paling korok pun mesti nak Honda Civic atau Toyota Vios. Perempuan muda sekarang tak mainlah Proton atau Perodua. Kalau aku tak ikutkan kehendaknya, tak dapat lah aku “barang” dia nanti malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh... terkenang juga zaman 'miskin' aku dulu-dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40 inci mu itu...

Dah umur 40++ ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari. Hari minggu pun kena cari duit. Nak tengok bola pun tak dapat. Lebih haru lagi, tentu anak anak aku akan memberontak sakan. Yelah sekarang ini kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari aku, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau isteri baru aku beranak nanti, kemana pergi tentu orang akan sangka aku dukung cucu. Lain pula cerita di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Kalau dengan bini muda, aku yang tua nih jugak kena salin pampers baby dan mandikan baby. Ha...ha... kalau tak buat, takut isteri muda tu merajuk pulak. Tak boleh jadik nih... Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kahwin memang seronok, sebab dapat “barang” baru. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak, tanggung jawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.

Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak, nak dukung anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eeeiii... tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak aku lagi haru!

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua takkan nak straight to the point. Tanya itu tanya ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Takkan bila raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau aku ni pulak umur dah nak sama dengan mak-bapak mertua baru aku tu. Hisss... malu lah pulak.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah-indah kahwin dua nih silakanlah. Tapi bagi aku, selagi hayat dikandung badan, selagi itu lah aku tak nak tambah. Bukan aku nak mendabik dada dan cakap besar. Kalau sekadar ikutkan nafsu dan “benda dalam seluar tu” rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama aku terhadap aku.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya).

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau kata, nak ikut nabi, rasa-rasanya sesekali solat subuh pun kita terlepas juga kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pula hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu!

Sesungguhnya sisuami amat bertuah mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Kesanggupan serta kesabaran membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Nak iikut sunnah Nabi konon. Ye ke? Bila bab kahwin lagi macam Nabi. Yang sebenar-benarnya semata-mata nafsu buas menegakkan “benda dalam seluar dalam” Soal agama masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

PS: Suami Orang

Khamis, 9 Julai 2009

Macam-macam species yang ada...

Baru aku tahu begini rupanya kalau tinggal di apartment atau kondo. Macam-macam hal macam-macam perangai yang ada. Dulunya aku memang tak ambil peduli langsung pasal jiran-jiran aku. Bagi kami sekeluarga asalkan korang tak kacau aku dan aku tak kacau korang sudah cukup bagus. Tapi lama kelamaan kami rasakan bagai kera sumbang tak berkawan tak berjiran. Kekadang dalam satu lif pun tak bertegur sapa. Pada hal itu adalah jiran sebelah menyebelah. Bukan sombong bukannya bagus-bagus tapi penyegan. Timbul pula rasa bersalah pada jiran-jiran. Mungkin juga masing-masing segan nak mulakan dulu dan aku pulak memang jenis berat mulut. Penyudahnya dua-dua jadi bisu.

Lama kelamaan sikap aku tetiba saja berubah. Aku dah mula rajin nak bertegur sapa tak kira siapapun. Sebenarnya tak rugi apapun kalau bertegur sapa sesama jiran. Isteri dan anak-anak pula dah ramai kenalan. Seronok beb... kalau ramai kawan! Kebanyakannya semua baik-baik belaka dan peramah.

Lah...nie aku nak cerita pasal jiran-jiran aku:
Spesies jenis bodoh pekak@pengotor dan tak faham bahasa melayu. Sekolah takat darjah tiga agaknya. Spesies ini tinggal menyewa bukan rumah sendiri. Tak sayang harta... ya lah bukan harta sendiri. Bila malam main ketok aje mana nak ketok. Main tolak aje mana nak tolak kalau lantai calar pun bukan rumah dia. Yang aku tak tahan dan mendidih tu asal balik lalok... asal balik lalok. Tiga pagi empat pagi lentam lentum buat bising tolak kerusi tolak meja ketok sana ketok sini tak habis-habis macam berkemas. Tapi rumah macam reban ayam juga tak lah cantik... taklah kemas. Apa yang sisetan tu buat? Sampai anak aku nak tidur pun terganggu. Bila ditegur dengan cara baik lain pula jadinya... ajak bergaduh pulak! Menunjuk-nunjuk yang dia kebal... gengster sarip dol... dengan bangga mengaku "aku abang long" (longkang) kg pandan. Pada hal budak tiga line baru nak isi borang. Tak faham betul lah aku! orang melayu kita pulak tu! Bodoh tak ada otak. Respect lah sikit jiran sebelah menyebelah yang dah berkeluarga.

Spesies jenis slamberland. Mati kuman dibuatnya. Pernah ditegur satu masa dulu oleh isteri aku... "hello boleh tutup grill plan-plan sikit tak" Kemudian dia jawab... "nanti kita tengok lah" amboi... sedap bunyi jawapannya kan! Ntah apa yang nak di tengok agak nya... Menyirap juga darah dibuatnya. Esok lusa tulat senyaplah juga. Taklah lentam lemtum bunyinya. Tiga empat minggu kemudian dia start balik. Tapi yang bagusnya pulak walaupun dia bangsa asing pernah ditegur dia masih boleh mengukir senyuman dan bertegur sapa bila saja bertembung. Itulah yang buat aku dan family aku mati kuman dibuatnya. Walau apapun aku hormati spesies asing ini dari spesies jenis melayu bodoh pekak@pengotor dan tak faham bahasa melayu.

Spesies gatal ala-ala doto' maringgih@siti nurbaya: Spesies yang ni memang pelik. Kekadang boleh jadi kawan. Kekadang menyombong tak tentu pasal berangin macam orang pompuan datang bulan. Dari kelakunya... aku lah orang yang boleh diharap, dialah orang yang layak memerintah konon nya. Itu aku tak ambil kisah. Yang paling aku meluat gatalnya memang terserlah. Boleh juga diumpamakan "depan bini pijak semut pun tak mati" Aku dah beberapa kali kantoi bila angkat tangan senyum-senyum semata-mata nak bertegur sapa nak buat kawan. Tapi haram tak dipedulikan tak ada respond. Terasa malu pula aku dibuatnya. Dia tak nampak atau purak-purak tak nampak. Tapi kalau isteri aku ada sebelah boleh pulak dia angkat muka senyum-senyum. Hisss... aku harus banyak-banyak bersabar aje lah! Mintak-minta jangan sampai aku mendidih sudahlah.

Prinsip aku mudah aje kalau dah di tegur tak ada respond... jawapan aku "pergi mampos dengan kao" Aku tak rugi apa pun. Aku tak kacau engkau engkau tak kacau aku sudah lebih dari cukup.

Apapun kami sekeluarga berterima kasih pada kengkawan rapat yang banyak membantu dan memahami erti hidup berjiran. Ada yang baik tu baiknya sesangat sampai naik seganlah pulok dibuatnya. Thanks sebab banyak membantu kami sekeluarga.

P/s : Kita tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada... selagi kita masih hidup

Rabu, 8 Julai 2009

Akibat gatal nak kawin lagi...

Seseorang yang tidak dikenali hantar emel kepada aku dan aku amat tertarik dengan cerita ini....
Khas untuk lelaki yang gatal nak kawin lagi baca dulu sampai habis.....

Pada pandangan saya baik wanita zaman ini ataupun zaman dahulu, jiwa, perasaan, emosi dan pengharapan mereka tetap sama, mereka mahukan yang lebih, mahu sentiasa didampingi, disayangi dan disanjung oleh suami, walaupun dia tahu dia telah mengambil suami orang yang terpaksa berkongsi segala-galanya termasuk kasih sayang dan kesenangan hidup.

Kerana itulah juga dari awal lagi saya berterus-terang dengan suami saya supaya ceraikan jika dia telah tegas dengan keputusannya untuk berkahwin lagi. Walaupun poligami itu dihalalkan oleh agama kita, tetapi saya sebagai manusia biasa saya tidak boleh menipu hati dan perasaan saya bahawa suami saya tidak akan menyayangi keluarganya lagi sebaliknya akan meminggirkan saya setelah dia berkahwin baru.

Jadi daripada bergaduh, buat lebih banyak lagi dosa seperti berbomoh dan sebagainya untuk menarik perhatian dan kasih sayang suami maka saya fikir lebih baik saya bercerai. Dia pun boleh hidup lebih senang tanpa gangguan saya.

Sebenarnya saya cukup simpati dengan nasib wanita seangkatan saya, yang mendapat suami macam suami saya. Dia cuma bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri. Sedar ataupun tidak sisuami itu, kereta besar yang dipandunya adalah bantuan isteri yang sama-sama bekerja keras membantunya dari segi wang ringgit, demi keselesaan hidup mereka sekeluarga, sebaliknya dia mengambil kesempatan menyenangkan dirinya sahaja.

Seronok sangatkah berpoligami, bolehkah perkahwinan itu membawa kebahagian dalam hidupnya, kerana pada pandangan saya ia lebih menyusahkan diri sendiri, di samping menghancurkan hati dan masa depan anak-anaknya.

Contohnya macam suami saya umur dah meningkat emas dah dekat setengah abad, lebih tepat dah dekat masuk alam pencen, tetapi seronok nak berkeluarga baru, yang mana memerlukan lebih banyak tuntutan tanggungjawabnya, sedangkan ketika itu sepatutnya dia dan saya sudah boleh bersenang lenang kerana anak-anak sudah membesar sudah bersekolah menengah dan ada yang sudah masuk IPTA.

Sedangkan tindakannya berkahwin baru seumpama baru mula menanam pokok yang perlu diawasi setiap hari, dibaja, di siram dan dijaga dari serangan serangga.

Sebagai contoh bekas suami saya, sudah lima tahun berkahwin dengan gadis berusia 26 tahun ketika itu, kini usianya sudah 54 tahun, isteri barunya 31 tahun, dia akan bersara setahun lagi, kini anaknya baru setahun setengah, dan isterinya mengandung lagi.

Kalau dulu suami saya tak pernah fikir dia perlu hantar anak ke rumah pengasuh, dan kena bangun tengah malam buat susu anak, kini dia terpaksa buat semuanya. Pertama kerana dia sayangkan isteri baru, kedua isterinya tidak ada kereta, nak beli baru tak mampu.

Bayangkan juga apa nasib dan masa depan anak-anak yang masih kecil itu apabila ayah mereka sudah bersara? Nak harapkan pencen dia bukan kakitangan kerajaan, nak harapkan duit simpanan memang tak ada, sebab dia tak suka menyimpan kerana suka enjoy ketika mudanya, nak harapkan duit simpanan KWSP entah berapa sangat.

Sedangkan bila bersara nanti biasanya pelbagai penyakit akan datang bertamu, duit KWSP itulah nanti bakal digunakan untuk membeli ubat dan rawatan hospital, jadi berapa sangat dia boleh membantu anak-anaknya yang masih kecil itu?

Dan jangan lupa bila diri sentiasa diserang pelbagai jenis penyakit, isteri baru tentu tak senang hati untuk menjaga suami yang berpenyakit, kerana ketika itu dia perlu menjaga anak-anaknya yang masih kecil. Jadi di manakah tempat suami di hati isteri mudanya.

Ketika itulah hati, jiwa dan perasaan si suami akan lebih merana dan kecewa, waktu itulah pelbagai jenis penyakit akan datang menyerang lebih banyak lagi.

Berdasarkan sebab-sebab inilah saya minta diceraikan, sebab saya tak mahu jadi 'jururawat' menjaga suami sakit. Kerana mungkin ketika itu juga saya juga akan diserang penyakit, maklumlah usia semakin meningkat tua. Jadi saya tak mahu menyusahkan diri menjaga suami ketika dia sakit, sebaliknya ketika dia sihat dia lebihkan isteri barunya.

Itu baru bab sakit pening, kalau ditakdirkan dia sihat walafiat dan dapat menjaga anak-anak yang masih kecil apakah dia sudah bersedia untuk menyediakan perbelanjaan makan minum mereka. Sudah tersediakah duit untuk menghantar mereka belajar hingga ke kolej atau ke universiti nanti. Kerana masa akan datang kita tidak tahu masih wujudkah lagi PTPTN pinjaman untuk anak-anak meneruskan pelajaran, atau mungkin sudah dihapuskan.

Sanggupkan suami yang sudah berusia lebih 60 tahun menghantar anak kecil ke sekolah darjah satu, ketika orang lain menghantar cucu mereka. Apa perasaan anda ketika budak budak lain memanggilnya atuk!

Itu baru bab menghantar anak ke sekolah, apa pula perasaan anda ketika anda duduk di rumah sedangkan isteri yang masih muda keluar bekerja. Tak adakah perasaan cemburu bila melihat isteri melaram ke pejabat sedangkan anda mengambil alih tugasnya memasak, mencuci pakaian dan menjaga anak-anak di rumah?

Sebenarnya apa yang saya katakan di atas tadi adalah nasihat saya kepada suami ketika dia bercita-cita hendak kahwin lagi. Ketika itu usianya masih muda, baru 45 tahun. Saya katakan pelbagai masalah yang bakal dihadapinya kalau dia kahwin lagi, tentang masalah kewangannya yang tak seberapa teguh, tentang kesanggupannya menjaga anak-anak kecil dan kesabarannya bila melihat isteri mudanya keluar bekerja, ketika dia sudah pun bersara.

Malangnya semua nasihat saya ditolak tepi, dia sudah buat keputusan muktamad hendak berkahwin, tapi tidak mahu menceraikan saya. Namun saya berkeras kerana saya tak sanggup berpoligami dan saya bukan isteri yang penyabar. Akhirnya kami bercerai.

Sebenarnya sebelum itu sudah beberapa kali suami saya jatuh cinta dengan ramai wanita dan merancang nak kahwin. Cerita dia bercinta lagi boleh buat novel kalau saya pengarang.

Agaknya kerana terlalu marahkan saya sentiasa menghalangnya kahwin lagi dan terasa diri tercabar, akhirnya saya diceraikan. Lagi pun kerana bakal isterinya nak naik pelamin, sudah pastilah majlisnya meriah.

Tetapi saya tidak pernah merasa kerugian ketika diceraikan, sebaliknya saya merasa lebih bahagia. Sebab saya tidak suka berkongsi kasih, dan saya tak fikir hidup berpoligami akan bahagia. Pasti ada sembilu dan terluka di sana sini.

Kini setelah lebih lima tahun bercerai barulah bekas suami saya sedar dengan kesilapannya, tetapi dia tidak boleh berpatah balik. Dia sayangkan anak-anaknya, dan mahu anak-anak saya sayangkan anak-anak dengan isteri barunya. Malangnya, anak-anak saya tidak dapat menerima keadaan itu, kerana tidak ada kasih sayang antara mereka.

Kini walaupun saya belum lagi bersara, tetapi saya bahagia, anak-anak ada yang sudah bekerja dan sudah menamatkan sekolah menengah. Mereka sudah boleh berdikari untuk memikirkan masa depan mereka.

Waktu yang terluang ini saya gunakan untuk menambah ilmu agama yang terkurang, saya telahpun mengerjakan umrah dan akan mengerjakan ibadah haji Insya-Allah tahun ini. Saya tidak pernah menyesal, malah saya merasa lebih bebas membuat kerja-kerja amal di samping memudahkan saya ke masjiddan di surau bila ada kesempatan.

Dan saya pastikan setahun sekali kami anak beranak pergi bercuti bersama walaupun hanya dalam negeri. Saya juga sudah pun memanjangkan langkah melancong keluar negara bersama teman-teman sepejabat dan geng-geng surau saya. Dan saya bahagia biarpun saya terpaksa mengeluarkan sedikit wang. Anak-anak saya pun menggalakkan.

Perceraian bukan semuanya menyusahkan, ada waktunya lebih menyenangkan jadi tabahkan hati, fikir positif, mungkin berpisah itu lebih baik, daripada menyakitkan hati melihatkan gelagatnya yang seperti kacang lupakan kulit. Kita wanita lebih menitikberatkan masa depan anak-anak, jadi buat apa bersuami kalau dia tak menghargai kita yang sama-sama susah dengannya. Bangkitlah, bukalah hati menghadapi dugaan Allah.Tentu ada hikmah disebalik apa yang Dia suratkan buat kita. Hanya Allah maha mengetahui apa yg kita tidak tahu. Kerana itu jangan takut kalau ditakdirkan bercerai, demikian cerita Norfaizah menceritakan kebahagiaannya setelah bercerai kerana tidak sanggup berpoligami.

P/s : fikir2kan lah...